fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pekerja Kilang Maut Cedera Parah Akibat Tersepit Mesin Di Bintulu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
4 Februari 2021
Pekerja Kilang Maut Cedera Parah Akibat Tersepit Mesin Di Bintulu
Share on FacebookShare on Twitter

Kejadian tersebut berlaku pada awal pagi hari ini.

Pekerja Kilang Maut Cedera Parah Akibat Tersepit Mesin Di Bintulu. Seorang pekerja kilang tersepit pada mesin penghantar (conveyor machine) kilang di Jalan Pesisir Bintulu-Miri, Taman Perindustrian Samalaju awal pagi tadi.

Kejadian tersebut berlaku sekitar 3.45 pagi di mana mangsa, Niclas Bennet Anak Bugak berusia 24 tahun, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Kejadian telah disahkan oleh Ketua Polis Bintulu Supt Zulkipli Suhaili yang mengatakan bahawa mangsa telah dikeluarkan daripada mesin tersebut oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju dan kemudiannya segera dikejarkan ke hospital Bintulu menggunakan kenderaan syarikat.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Pekerja Kilang Maut Cedera Parah Akibat Tersepit Mesin Di Bintulu
Pekerja Kilang Maut Cedera Parah Akibat Tersepit Mesin Di Bintulu. Kredit gambar: Sarawakupdate

Mangsa telah disahkan meninggal dunia

Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan ketika tiba di wad kecemasan hospital, jelas Zulkipli.

“Tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian”, tambahnya lagi.

Selain itu, menurut Zulkipli juga, majikan mangsa yang menyaksikan kejadian itu berkata, mangsa bekerja seperti biasa ketika mangsa tersepit pada mesin penghantar itu.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Pekerja Kilang Maut Cedera Parah Akibat Tersepit Mesin Di Bintulu
Gambar sebagai hiasan

Bomba dan Penyelamat segera ke tempat kejadian

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju segera ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.45 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati seorang pekerja terperangkap di mesin penghantar kilang dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata ketua Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju, Hashim Norshidi.

Dia mengatakan bahawa pasukan penyelamat menggunakan ram teleskopik hidraulik (hydraulic telescopic ram) untuk mengangkat mangsa ke usungan.

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.

Lagi di sini:

SUMBER : The Borneo Post
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy