fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Pekerja Sambilan Dan ‘Self-Employed’ Di Australia Terima 3,000 Dolar Sebulan Selama 6 Bulan

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
30 Mac 2020
Pekerja Sambilan Dan ‘Self-Employed’ Di Australia Terima 3,000 Dolar Sebulan Selama 6 Bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Pekerja Akan Dibayar Sebanyak 2 Kali Sebulan.

Pekerja Sambilan Dan ‘Self-Employed’ Di Australia Terima 3,000 Dolar Sebulan Selama 6 Bulan. Kerajaan Australia hari ini mengumumkan pemberian subsidi gaji kepada lebih kurang 6 juta pekerja di negara tersebut dengan bayaran sebanyak 3,000 dolar sebulan selama 6 bulan menerusi majikan masing-masing. Perkara ini dimaklumkan menerusi kenyataan media Perdana Menteri Australia, Scott Morrison.

Pekerja Sambilan Dan 'Self-Employed' Di Australia Terima 3,000 Dolar Sebulan Selama 6 Bulan
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison.
Kredit : Barron’s

JobKeeper Payment – Bantuan Untuk Kekalkan Pekerjaan

Subsidi yang dinamakan sebagai ‘JobKeeper Payment’ memperuntukkan sebanyak 130 billion dolar Australia. Ia bertujuan untuk mengekalkan pekerjaan rakyat sedia ada semasa menghadapi situasi getir akibat pandemik COVID-19. Bukan itu sahaja, ia juga memastikan hubungan antara pekerja dan majikan tidak terjejas sekiranya perniagaan atau servis majikan perlu dibekukan sementara selama 6 bulan.

Bayaran tersebut disediakan untuk perniagaan yang layak serta menerima impak ekonomi yang besar semasa pandemik ini. Menurut kenyataan tersebut, kesemua pekerja yang berdaftar dengan majikan masing-masing setakat 1 Mac 2020 dan ke atas layak untuk menerima manfaat tersebut. Seorang pekerja akan dibayar sebanyak 1,500 dolar setiap 2 minggu.

ArtikelBerkaitan

Hutan Kokol Hobbiton Tawarkan Pengalaman Ala-Ala Di England

TERKINI : PKPB Di Sarawak Dilanjutkan Sehingga 26 April Ini

Pekerja Warga Asing (Migran), Warganegara New Zealand Bervisa Istimewa Juga Layak

Pekerja yang layak mendapat bantuan ini ialah;

  • Pekerja tetap
  • Pekerja sambilan
  • Pekerja yang tidak menerima gaji sepanjang pembekuan operasi (stood down employees)
  • Pekerja harian yang telah bersama majikan selama 12 bulan
  • Bekerja sendiri (self-employed)

Bukan itu sahaja, pekerja warga asing (migran) serta warganegara New Zealands yang memiliki visa kategori istimewa subclass 444 juga layak menerima bantuan ini selain daripada warganegara Australia sendiri. Walau bagaimanapun, seorang pekerja hanya layak menuntut bayaran daripada seorang majikan sahaja.

Pekerja Sambilan Dan 'Self-Employed' Di Australia Terima 3,000 Dolar Sebulan Selama 6 Bulan
Pekerja Sambilan Dan ‘Self-Employed’ Di Australia Terima 3,000 Dolar Sebulan Selama 6 Bulan.

Bayaran tersebut berkuatkuasa sepenuhnya bermula hari ini dan majikan sudah boleh memulakan pembayaran pada bulan April. Walau bagaimanapun, pihak majikan yang membuat bayaran awal pada bulan April boleh menuntut bayaran tersebut daripada kerajaan Australia pada minggu pertama bulan Mei 2020.

Singapura juga turut mengumumkan perkara yang sama minggu lepas. Baca artikel penuh di sini : Singapura Beri RM 3,000 Sebulan Kepada Rakyatnya Yang Bekerja Sendiri Selama 9 Bulan

SUMBER : Prime Minister of Australia
Share103Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy