fbpx
Cerita Borneo

Pelajar Kes Buli Di Sekolah Sains Sarawak Dibebaskan Atas Ikat Jamin Polis

11 Pelajar Yang Dibebaskan Mengaku Memukul Mangsa

Pelajar Kes Buli Di Sekolah Sains Sarawak Dibebaskan Atas Ikat Jamin Polis. Sejak semalam, tular kes buli yang membabitkan pelajar Sekolah Menengah Sains Kuching sehingga membawa kepada penangkapan 11 orang pelajar sekolah terbabit. Mereka ditangkap di sekolah berkenaan pada jam 11 pagi Selasa. Namun demikian, kesemua pelajar tersebut dibebaskan atas ikat jamin polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superitendan Aidil Bolhassan, 10 orang daripada pelajar yang ditangkap mengaku memukul mangsa menggunakan kaki dan tangan manakala seorang pelajar hanya menyaksikan kejadian tersebut. Pelajar yang ditangkap terdiri daripada empat orang pelajar Tingkatan 5, seorang pelajar Tingkatan 4 dan enam pelajar Tingkatan 3.

Berlaku Provokasi Sebelum Kejadian ‘Sparing

Pelajar Kes Buli Di Sekolah Sains Sarawak Dibebaskan Atas Ikat Jamin Polis
Pelajar Kes Buli Di Sekolah Sains Sarawak Dibebaskan Atas Ikat Jamin Polis. Gambar hiasan. Sumber Google Images.

Pelajar-pelajar berkenaan didakwa telah bertindak membelasah tiga orang pelajar Tingkatan 2 di asrama pada Ahad lalu susulan provokasi yang berlaku sebelum kejadian. Mangsa mengalami lebam di seluruh anggota badan. Susulan itu, salah seorang daripada mereka mengadu kepada ayahnya tentang kejadian tersebut pada keesokan harinya dan segera membuat laporan polis. Ia kemudian disusuli dengan laporan polis oleh ahli keluarga dua lagi mangsa.

Hasil pemeriksaan doktor mengesahkan kesemua mangsa mengalami kecederaan lebam di tubuh badan.

Sekolah Merupakan Tempat Selamat Untuk Pelajar” – Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii

Pelajar Kes Buli Di Sekolah Sains Sarawak Dibebaskan Atas Ikat Jamin Polis
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii. Kredit : Malay Mail

Kes buli ini bukanlah sesuatu yang baharu untuk diperkatakan. Seiring dengan peredaran masa, kes buli sama ada fizikal mahupun mental haruslah dibanteras dari peringkat akar umbi. Seperti mana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching, Kelvin Yii, sekolah merupakan tempat yang selamat untuk para pelajar. Kes buli yang ektrim seharusnya disiasat di peringkat Kementerian Pendidikan agar ia tidak berulang di mana-mana sekolah.

Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak. Kredit : The Borneo Post

Sementara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah menegaskan bahawa pihak sekolah seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga. Langkah ini perlu diambil terutamanya pada awal musim persekolahan kerana trend buli ini sentiasa berlaku pada waktu pelajar baru memasuki persekolahan.

Ujarnya lagi, semua pihak perlu mempunyai mindset bahawa pendidikan holistik adalah kemenjadian utama pelajar berbanding pencapaian akademik semata-mata.

Artikel Berkaitan

Back to top button