fbpx
Cerita Borneo

Pelajar Malaysia Dan Singapura Diserang Ketika Membeli Barang Dapur Di Australia

Dipercayai berunsur perkauman

Pelajar Malaysia Dan Singapura Diserang Ketika Membeli Barang Dapur Di Australia. Kebanyakan orang yang keturunan Asia di negara Barat telah menjadi mangsa serangan semenjak COVID-19 berleluasa. Baru-baru ini, dilaporkan seorang warga Malaysia dan Singapura menjadi mangsa serangan ketika membeli barang dapur di Australia.

Pelajar Malaysia Dan Singapura Diserang Ketika Membeli Barang Dapur Di Australia
Pelajar Malaysia Dan Singapura Diserang Ketika Membeli Barang Dapur Di Australia

Berlaku di Melbourne, Australia

Pada 15 April yang lepas, kedua-dua wanita terbabit, berusia 20 tahun (warga Malaysia) dan 18 tahun (warga Singapura) dilaporkan diserang secara verbal oleh dua wanita warga Australia yang memanggil mereka ‘corxxavxxxs‘ berkali-kali.

Dilaporkan dua mangsa terbabit cuba mengelak mereka namun kedua-dua penyerang tersebut turut mengugut mangsa dengan berkata mereka hendak membunuh mereka. Scary weh!

Salah seorang penyerang melemparkan sebuah portable speaker ke arah mereka, menyebabkan salah seorang pelajar membalas sebagai tindakan perlindungan diri. Sebuah video tular menunjukan kedua-dua mangsa diserang oleh penyerang mereka.

Kredit: Youtube Farrago Magazine

Laporan polis telah dibuat berikutan insiden tersebut

Mangsa-mangsa terbabit telah pergi ke hospital untuk merawat kecederaan mereka. Menurut laporan, pelajar warga Singapura tidak mengalami kecederaan serius selain bengkak di kepala mangsa dan juga beberapa calar di tangan dan lututnya. Mengenai insiden tersebut, mereka berkata,

“Secara jujur, secara fizikal ia tidak seburuk itu kerana saya bertindak sedemikian untuk melindungi diri saya. Tetapi ia sudah sebuah trauma mental dan kami takut untuk keluar.”

Mereka bertambah lagi, mereka semakin waspada terhadap orang putih, terutama jika mereka datang kepada mereka atau berlari ke arah mereka. Manga-mangsa terbabit kini tidak meninggalkan rumah sejak membuat laporan polis berikutan serangan tersebut.

Mendapat kritikan kuat dari pihak berkuasa Australia

Setelah dikenal pasti sebagai pelajar-pelajar di University of Melbourne, naib canselor Duncan Maskell mengecam serangan itu, dengan berkata,

“”Ini adalah serangan yang menjijikkan dan tidak berprasangka terhadap dua pelajar perempuan kami. Serangan tidak masuk akal dan keji terhadap dua wanita muda ini tidak boleh ditoleransi di masyarakat kita. Orang yang melakukan ini memalukan warga Australia.”

Datuk Bandar Melbourne Sally Capp juga mengecam serangan itu di media sosial, dengan mengatakan,

“Saya terkejut dengan serangan memalukan terhadap dua pelajar muda terbabit … Keganasan yang ditunjukkan sama sekali tidak dapat diterima. Itu tidak mencerminkan nilai-nilai yang dilambangkan oleh warga Melbourne atau tingkah laku yang kita jangkakan untuk bandar kita.”

Kesian nya kena serang, mentang-mentang bangsa Asia! Semoga mereka yang berbangsa Asia yang menetap di luar negara sentiasa selamat dan minta jauh-jauh lah serangan yang berunsur perkauman sebegini. Disebaliknya, kita semua harus bekerjasama untuk membendung virus yang menular, tak kira bangsa atau agama.

Baca juga artikel lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button