fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pelajar Tingkatan 4 Di Asajaya Ditahan Miliki 24 Paket Ganja

iloveborneo Oleh iloveborneo
13 Februari 2021
Pelajar Tingkatan 4 Di Asajaya Ditahan Miliki 24 Paket Ganja
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Beliau ditangkap bersama 3 lagi remaja positif dadah di Samarahan

Menurut satu laporan, seorang pelajar Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di Asajaya telah ditangkap kerana memiliki 24 paket yang disyaki berisi ganja pada hari Khamis lepas.

Suspek dikatakan ditangkap dalam satu operasi bersepadu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik di Kampung Melayu sekitar 11.20 malam pada hari kejadian.

ADVERTISEMENT

Difahamkan juga suspek ditahan di simpang jalan kampung tersebut selepas dilihat mencurigakan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Sudirman Karim lagi, hasil pemeriksaan lanjut ke atas beg sandang suspek mendapati terdapat satu paket besar yang didalamnya terdapat 24 paket kecil berisi dedaun kering yang disyaki ganja seberat kira-kira 16 gram.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

Suspek kemudian ditahan dan dadah tersebut juga dirampas untuk siasatan lajut. Saringan awal air kencing suspek pula menunjukkan suspek adalah negatif dadah.

Namun begitu, hasil soal siasat suspek membawa kepada penangkapan tiga lagi remaja lelaki berusia 14 hingga 18 tahun.

ADVERTISEMENT

Tangkapan tersebut membabitkan :
1. Seorang pelajar sebuah pusat kemahiran
2. Pelajar Tingkatan 2 sebuah Sekolah Menengah
3. Seorang penganggur

Saringan awal terhadap tiga remaja tersebut pula mendapati ketiga tiga mereka adalah positif dadah jenis ganja. Mereka juga kini telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

SUMBER : Dayak Daily
Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy