fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pelancong Asing Dipaksa Tulis ‘Sorry’ 500 Kali Di India Gara-Gara Langgar Perintah Berkurung

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
14 April 2020
Pelancong Asing Dipaksa Tulis 'Sorry' 500 Kali Di India Gara-Gara Langgar Perintah Berkurung
Share on FacebookShare on Twitter

Beringat Sebelum Kena.

Pelancong Asing Dipaksa Tulis ‘Sorry’ 500 Kali Di India Gara-Gara Langgar Perintah Berkurung. Kalau dah namanya ‘lockdown’ atau perintah berkurung, nak buat apa-apa perkara di luar rumah pun sudah tentu tidak dibenarkan sama sekali. Jika melanggar perintah, pasti hukuman berat menanti pesalahnya, tidak kiralah rakyat sendiri mahu pun warga asing.

Di India, sekumpulan pelancong asing dipaksa untuk menulis ayat permohonan maaf sebanyak 500 kali kerana melanggar perintah berkurung di sebuah wilayah yang pernah dipopularkan oleh kugiran legenda British, The Beatles.

Bersiar-siar Di Kota Rishikesh, India

10 orang pelancong asing tersebut yang terdiri daripada warga Israel, Mexico, Australia dan Austria ditangkap oleh pihak berkuasa ketika sedang bersiar-siar di Kota Rishikesh, India. Kota Rishikesh ini pernah menjadi tempat ahli kumpulan The Beatles mencari semangat spiritual di sebuah Ashram sekitar tahun 1968.

Pelancong Asing Dipaksa Tulis 'Sorry' 500 Kali Di India Gara-Gara Langgar Perintah Berkurung

Pegawai polis berkuasa tempatan, Vinod Sharma, memberitahu bahawa setiap daripada mereka didenda untuk menulis ayat permohonan maaf yang berbunyi ‘Saya tidak patuh perintah berkurung, jadi saya minta maaf‘ sebanyak 500 kali.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Kebanyakan Warga Asing Sengaja Langgar Perintah Berkurung, Hanya Boleh Keluar Dengan Bantuan Orang Lokal

Menurut pegawai berkuasa tempatan Kota Rishikesh, sebanyak 700 orang warga asing yang kebanyakannya berasal dari Amerika Syarikat, Australia, Mexico dan Israel yang tinggal di kawasan tersebut didakwa sengaja mengabaikan perintah berkurung tersebut. Oleh itu, satu bentuk hukuman yang lain daripada lain harus diberikan sebagai pengajaran kepada mereka.

Tambahnya lagi, pihaknya telah mengarahkan pengusaha hotel untuk hanya memberi kebenaran keluar kepada pelancong asing ini hanya sekiranya mereka ditemani oleh pembantu dalam kalangan orang tempatan.

Pelancong asing ini boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya melanggar peraturan ini.

Terpaksa Guna Kaedah Ganjil Kuatkuasakan Perintah Berkurung

Pihak berkuasa di India terpaksa mengenakan kaedah yang agak luar biasa kepada penduduknya bagi menggalakkan penduduk untuk kekal berada di rumah sepanjang perintah berkurung. Antaranya seperti menggunakan helmet berbentuk virus COVID-19.

Pelancong Asing Dipaksa Tulis 'Sorry' 500 Kali Di India Gara-Gara Langgar Perintah Berkurung
Pelancong Asing Dipaksa Tulis 'Sorry' 500 Kali Di India Gara-Gara Langgar Perintah Berkurung

Di beberapa daerah lain, pegawai polis terpaksa menggunakan kekerasan untuk menghalau individu yang melanggar perintah berkurung. Malah, ada yang didenda lompat katak dan melakukan ‘squats’.

Perdana Menteri India, Narendra Modi dijangka akan melanjutkan tempoh perintah berkurung yang sepatutnya berakhir pada hari Selasa kepada dua minggu lagi.

Baca artikel lain yang menarik :

SUMBER : AFP
Share161Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy