fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pelukis Ini Bengang Ditawar RM8 Sahaja Untuk Satu Lukisan Dalam Buku

Kedung BK Oleh Kedung BK
11 Ogos 2020
Pelukis Ini Bengang Ditawar RM8 Sahaja Untuk Satu Lukisan Dalam Buku
Share on FacebookShare on Twitter

“Ini adalah Public Service Announcement kepada semua pelukis dan pereka grafik bekerja bebas,” – Sandy Ng

Pelukis Ini Bengang Ditawar RM8 Sahaja Untuk Satu Lukisan Dalam Buku. Sekiranya anda seorang pelukis atau pereka grafik, semestinya anda tahu betapa banyak usaha dan duit anda melabur ke kemahiran anda.

Dari membeli barang-barang melukis seperti pensel warna, kertas, pen lukis, sehingga ke tablet lukisan, memuat turun aplikasi seni yang memerlukan pembayaran sebelum memuat turun dan sebagainya. Memang tentu di sana banyak duit melayang! Ini belum lagi termasuk segala praktis dan masa yang telah anda luangkan untuk bertambah baik dalam kraf anda.

Malangnya, tidak semua sedar dengan usaha tersebut. Malah, seorang pelukis luahkan kemarahannya menerusi Facebook apabila beliau ditawar RM8-RM12 untuk satu lukisan buku.

Pelukis Ini Bengang Ditawar RM8 Sahaja Untuk Satu Lukisan Dalam Buku
Pelukis Ini Bengang Ditawar RM8 Sahaja Untuk Satu Lukisan Dalam Buku

Pelanggan dari sebuah penerbit buku kanak-kanak

Pelukis tersebut, Sandy Ng, merupakan seorang pelukis bebas atau freelancer. Menurut luahan beliau menerusi Facebook semalam, beliau dihubungi oleh seorang wakil dari sebuah penerbit buku kanak-kanak.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

“Saya baru sahaja dapat panggilan dari Bryan, wakil Riddleland (penerbit buku kanak-kanak) dan dia kata dia hanya boleh tawar RM8 – RM12 untuk SATU ILUSTRASI,” katanya.

Kredit: Facebook

Kata beliau, ia bukan bayaran untuk lakaran tetapi untuk ilustrasi yang bersih dan terperinci termasuk watak dan latar belakang.

“Tahukah berapa dia cas untuk satu reka bentuk susun atur bagi satu buku? Ia RM80 untuk satu buku yang ada 140 muka surat! Ini termasuk mereka bentuk muka depan buku! Dia bagi setiap buku 2 minggu untuk disunting, jadi pandai-pandai lah awak kira,” tambahnya lagi.

Beliau kemudian berkata,

“Dia berani lagi kata dia sengaja nak upah pelukis tempatan kerana dia patriotik dan nak sokong pelukis tempatan!”

Hargai lah usaha pelukis/pereka grafik anda

Rata-rata netizen yang kongsikan luahan beliau bersetuju tawaran tersebut umpama kehinaan terhadap kemahiran mereka.

Menerusi luahan beliau, Sandy juga mengingatkan para-para pelukis dan pereka grafik freelance untuk sentiasa ingat nilai mereka.

“Jika awak seorang freelancer, jangan sesekali biar orang lain bayar awak di bawah nilai. Sudah lah ia tidak menguntungkan, dan belum lagi ambil kira kos sara hidup awak, penyelidikan, konsep awak, ULANG KAJI AWAK! JANGAN TURUNKAN NILAI AWAK! Maaf, tapi tolong lah faham pelukis dan pereka grafik bukan kuli, kami pun nak menyara hidup kami. Awak tak dapat makan seni,” ujarnya lagi.

Semoga perkongsian beliau membuka mata bakal-bakal pelanggan yang inginkan perkhidmatan pelukis dan pereka grafik.

Bagi anda ia hanya satu reka bentuk atau ilustrasi, tapi sentiasa ingat mereka pun bermula dari bawah sehingga ke tahap mereka sekarang. Semuanya bukan percuma, mereka luangkan countless of masa dan duit demi memperbaiki kemahiran mereka.

Jika anda sudah mengiktirafkan kemahiran mereka dan beranggap mereka cukup bagus untuk hasilkan lukisan atau reka bentuk untuk anda, hargailah usaha mereka selama ini dan sebaiknya bayar mereka setimpal dengan kemahiran mereka.

Bayangkan anda luangkan masa dan duit yang banyak untuk membuat sesuatu dengan baik tetapi dibayar dengan kacang? Tepuk dada tanya selera.

Lagi disini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy