fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pemandu Mabuk Langgar Penghantar Makanan Sehingga Mati Mengaku Tidak Bersalah

iloveborneo Oleh iloveborneo
1 Jun 2020
Pemandu Mabuk Langgar Penghantar Makanan Sehingga Mati Mengaku Tidak Bersalah
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kejadian berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Tun Razak, jam 1.30 pagi hari ini.

Pemandu Mabuk Langgar Penghantar Makanan Sehingga Mati Mengaku Tidak Bersalah. Hari ini kita dikejutkan lagi dengan kisah pemandu mabuk melanggar penunggang motosikal sehingga meninggal dunia.

Kes yang berlaku di Lebuhraya Sultan Iskandar ke arah Jalan Tun Razak, jam 1.30 pagi hari ini menggegarkan dunia internet sehinggakan kata nama
#PemanduMabukMembunuh trending di laman twitter.

ADVERTISEMENT

Tak mengaku salah memandu dalam keadaan mabuk

Tertuduh, Khor Yong Zhang, 20, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.

PEMANDU Nissan Grand Livina tersebut mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian penghantar makanan, awal pagi tadi.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memandu kenderaan di bawah pengaruh alkohol yang mana kandungan alkohol di dalam badan sebanyak 161 mg/100 ml iaitu melebihi 81 mg/100 ml daripada had yang ditetapkan sebanyak 80 mg/100 ml.

Justeru, tertuduh tidak berdaya mengawal kenderaan dan menyebabkan kematian kepada penunggang motosikal Honda EX5, Mohamed Zaili Mohamed, 44.

ADVERTISEMENT

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM8,000 hingga RM20,000 dan penjara antara tiga tahun hingga 10 tahun serta lesen memandu dibatalkan.

Mangsa yang bernama Mohamed Zaili meninggal dunia selepas dilanggar oleh Khor Yong Zhang. Beliau disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, dekat Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya. Tertuduh yang memandu dalam keadaan mabuk itu pula menyeret motosikal mangsa sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Baca juga artikel lain mengenai pemandu mabuk :

Share1537Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy