fbpx
Cerita Borneo

Pembedahan Atas Bayi Berjaya, DG Dr. Noor Hisham Tahniahkan Pasukan Perubatan Sarawak Dan Serdang

Berjaya lakukan pembedahan walaupun ditengah-tengah cabaran Covid-19

Pembedahan Atas Bayi Berjaya, DG Dr. Noor Hisham Tahniahkan Pasukan Perubatan Sarawak Dan Serdang. Terkini, dilaporkan DG Dr. Noor Hisham Abdullah memberi ucapan tahniah kepada pasukan perubatan Sarawak dan Serdang atas kejayaan mereka dalam melakukan pembedahan atas seorang bayi perempuan yang menghidapi Ventricular Septal Defect (VSD).

Bayi berusia 5 bulan terbabit, yang dikenali sebagai ‘Little CC’, diventilasi di Hospital Umum Sarawak sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang melalui penerbangan komersial pada Mei 2020.

Pembedahan Atas Bayi Berjaya, DG Dr. Noor Hisham Tahniahkan Pasukan Perubatan Sarawak Dan Serdang
Pembedahan Atas Bayi Berjaya, DG Dr. Noor Hisham Tahniahkan Pasukan Perubatan Sarawak Dan Serdang

Ditemani seorang pegawai kesihatan dan ibunya

Menurut beliau dalam sebuah perkongsian menerusi Facebook, terdapat pelbagai cabaran dihadapi oleh pasukan perubatan terbabit, lagi-lagi memindahkan pesakit yang sakit parah melintasi Laut Cina Selatan.

Meskipun penerbangan dihadkan, kewajiban kuarantin untuk kakitangan yang menemani, dan mendapatkan kelulusan untuk pindahan, Little CC berjaya dipindahkan ke Hospital Serdang pada bulan Mei, ditemani oleh seorang pegawai kesihatan dan ibunya.

Walaupun usia Little CC amat muda, bayi tersebut berjaya menjalani penutupan VSD pada 4 Jun 2020.

During this unprecedented time with the Movement Control Order (MCO), transferring a critically-ill patient across the…

Posted by Noor Hisham Abdullah on Monday, July 27, 2020

Ternyata cabaran yang dihadapi oleh pasukan-pasukan perubatan tersebut berbaloi apabila pihak Hospital Serdang dapat menghantar Little CC kembali ke Sarawak setelah 17 hari selepas operasi.

Beliau mengakhiri ciapannya dengan mengucapkan tahniah kepada semua pasukan terlibat termasuk pasukan Hospital Umum Sarawak, pasukan Paediatric Cardiology Hospital Serdang, pasukan Paediatric Cardiac ICU, pasukan Cardiothoracic, pasukan Cardiac anaesthesia dan semua yang terlibat disebalik tabir yang telah tekun berusaha untuk menjayakan usaha ini dan memberi senyuman kepada ibu Little CC serta memberi peluang kepada bayi itu untuk kembali sihat.

VSD merupakan sebuah kecacatan jantung kongenital dimana jantung pesakit berlubang. Perkara ini kebiasaannya ada semasa kelahiran dan merupakan kecacatan jantung yang paling biasa berlaku. Dalam kebanyakan kes, perkara ini biasa didiagnosis dan dirawat dengan sedikit atau tanpa komplikasi langsung.

Syabas kepada pasukan perubatan Sarawak dan Serdang atas kejayaan ini!

Baca lagi disini:

Sumber
The Borneo Post

Artikel Berkaitan

Back to top button