fbpx
Cerita Borneo

Pemilik Restoran Thai ‘Belanja’ 1 Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia

One Meal A Day

Pemilik Restoran Thai ‘Belanja’ 1 Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia. Pemilik Restoran Thai Menawarkan Satu Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia. Negara-negara di seluruh dunia kini berada dalam perintah berkurung atau perintah kawalan pergerakan. Ini juga termasuk Australia di mana warganegara tersebut diarahkan untuk menjalani perintah kawalan pergerakan (lebih kurang sama seperti negara kita).

Antara yang terjejas adalah pelajar-pelajar asing yang masih di sana kerana tidak dapat pulang ke negara masing-masing. Sebagai bantuan kepada pelajar-pelajar ini, seorang pemilik restoran Thai mengambil inisiatif untuk memberi makanan percuma sekali sehari kepada pelajar-pelajar sebegini.

Pemilik Restoran Thai 'Belanja' 1 Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia
Pemilik Restoran Thai ‘Belanja’ 1 Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia

Berlaku di Sydney, Australia

Pemilik restoran Jumbo Thai, Jack, yang juga berbangsa Thai, dilaporkan memulakan projek untuk membantu mereka yang mengalami kesukaran semasa PKP negara mereka — terutamanya para pelajar asing. Menurut beliau,

“Pelajar asing di negara ini (Australia) kini menghadapi masalah dengan bajet mereka. Kebiasaannya, saya akan memberi satu hidangan percuma sekali sehari. Ketika projek ini dimulakan, 20 orang sahaja datang mengambil makanan. Kini, sebanyak 70 orang datang ke restoran kami setiap hari untuk mengambil makanan mereka.”

Kebanyakan daripada pelajar ini bersyukur dengan inisiatif yang dibuat oleh Jack. Salah seorang pelajar berkata,

“Saya tidak mempunyai makanan kerana saya tidak ada kerja. Namun, saya bersyukur kerana inisiatif ini menyelamatkan saya.”

Pemilik Restoran Thai 'Belanja' 1 Hidangan Percuma Sekali Sehari Untuk Pelajar Asing Di Australia
Tangkap layar dari video tersebut. Kredit: Facebook ABC Melbourne

Ingin menjadikan contoh berdasarkan nasihat yang diberikan oleh ayah beliau

Jack bertambah lagi, beliau dibesarkan dengan nilai saling membantu orang.

“Semasa saya kecil, ayah saya memberi idea bahawa dua tangan sahaja cukup untuk menolong orang lain. Satu tangan digunakan untuk mengambil sesuatu, manakala tangan yang satu lagi digunakan untuk memberi. Oleh itu, satu masyarakat, satu komuniti akan berbahagia.”

Beliau berkata lagi keseimbangan hidup adalah satu tangan mengambil, satu tangan memberi.

“Apa yang boleh kita lakukan untuk negara kita? Kita hidup dari hari ke hari, kita harus berfikir apa yang dapat kita berikan kepada masyarakat sebagai harapan untuk esok?”

Seorang insan yang berhati mulia! Semoga semangat saling membantu masyarakat semasa zaman mencabar ini dikekalkan agar dijadikan teladan kepada masyarakat lain.

Kredit: Giphy

Artikel Berkaitan

Back to top button