fbpx
Cerita Borneo

Pemimpin Labuan Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan Kembali Labuan Kepada Sabah

Ketika Sabah menyerahkan Labuan kepada Persekutuan tanpa pampasan 36 tahun lalu, objektifnya adalah memajukan Labuan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Pemimpin Labuan Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan Kembali Labuan Kepada Sabah. Kerajaan Persekutuan diminta memulangkan semua Labuan kepada Sabah kerana gagal membangunkan pulau itu selepas diberikan secara percuma sejak 36 tahun lalu.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli berkata, selepas 36 tahun Labuan sepatutnya sudah menjadi pulau bertaraf antarabangsa, sebagai pusat kewangan dan perniagaan antarabangsa serta hab logistik minyak dan gas antarabangsa, namun hakikatnya semua itu tidak berlaku.

Katanya, apa yang berlaku adalah kekayaan hasil bumi Labuan sebagai pengeluar metanol utama dunia hanya dinikmati Kerajaan Persekutuan, namun terlalu sedikit yang dikembalikan kepada pulau berkenaan.

Pemimpin Labuan Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan Kembali Labuan Kepada Sabah
Pemimpin Labuan Minta Kerajaan Persekutuan Pulangkan Kembali Labuan Kepada Sabah

“Sebenarnya yang kita perlu ialah untuk kita dengar daripada Kerajaan Persekutuan sanggupkah melaksanakan tanggungjawab-tanggungjawab atau pun komitmen yang dibuat apabila setuju mengambil Labuan dan dibangunkan seperti yang saya katakan tadi.

“Kalau tidak setuju ini jelas pulangkan hak-hak dan wang-wang yang perlu diterima oleh kerajaan negeri Sabah, negeri Sabah mempunyai keupayaan dengan kewangan yang cukup besar, Labuan tiada masalah Sabah boleh bangunkan,” katanya ketika perbahasan di Dewan Rakyat hari ini.

Rozman berkata, ketika Sabah menyerahkan Labuan kepada Persekutuan tanpa pampasan 36 tahun lalu, objektifnya adalah memajukan Labuan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Tegas beliau, beberapa Ketua Menteri Sabah sebelum ini telah meluahkan kekecewaan dengan kegagalan Kerajaan Persekutuan memajukan Sabah tetapi tidak pernah didengari, malah lebih teruk lagi apabila pandangan pemimpin tempatan di pulau bebas cukai itu tidak pernah didengari.

“Tahu tak apa tujuan Labuan diserahkan oleh Kerajaan Negeri Sabah kepada Kerajaan Persekutuan 36 tahun yang lepas tanpa bayaran atau pampasan, tujuannya adalah untuk pulau itu dibangunkan dengan cepat supaya ianya menguntungkan negeri Sabah daripada segi ekonomi dan pembangunan.

“Tujuan dia ialah supaya rakyat malaysia terutamanya dari Labuan dan Sabah dapat banyak peluang pekerjaan dan perniagaan, tujuan dia adalah untuk Labuan menjadi pulau yang indah dengan prasarana yang baik kemudahan sukan yang cukup fasiliti kesihatan dan pengangkutan awam bertaraf antarabangsa, seluruh pulau diperindahkan menjadi pulau taman bebas setinggan dan menjadi tarikan pelancong, menjadikan labuan sebuah bandar pelabuhan penting di Borneo,” tegas beliau.

Katanya, baru-baru ini 85 peratus rakyat Labuan menderita akibat ketiadaan bekalan air selama beberapa minggu menyebabkan mereka terpaksa ‘mandi-mandi burung’ menggunakan air mineral yang dibeli dari pasar raya.

“Gangguan bekalan air yang utama seperti ini berlaku setiap beberapa tahun sekali tetapi gangguan daripada kebocoran atau pecah paip yang lebih kecil menggangu bekalan air di Labuan sehingga berlaku sepanjang tahun, kenapa?

“Sebab peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Air Labuan untuk penyelenggaraan dan penggantian paip yang sudah terlalu lama itu terlalu kecil dan jauh daripada cukup.

“Dua tahun lepas saya diberitahu penggantian paip-paip lama seluruh Labuan memerlukan peruntukan sebanyak RM1 bilion tetapi kita cuma diperuntukkan sebanyak RM100 juta sahaja itu pun saya nampak laporan akhbar menyatakan cuma RM67 juta baru-baru ini mungkin sudah dipotong lagi,” tambahnya.

Baca juga artikel lain berkaitan Labuan :

Sumber
Borneo Today

Artikel Berkaitan

Back to top button