Nang ‘Class’ Kitak, Bang.


Pemuda Ini Kembali Lagi, Kali Ini Kongsi Panduan Ke Kashmir Pula. Setelah viral dengan perkongsian percutiannya ke Bali menggunakan dialek Melayu Saratok beberapa bulan yang lalu, pemuda ini kembali lagi dengan perkongsian percutiannya yang terkini. Kali ini, pemuda yang dikenali dengan nama Facebook Md Khafizul Awam berkongsi panduan percutian ke Kashmir pula. Nang class kitak, bang.
In case you missed it, ini artikel pemuda ini ke Bali : Pemuda Ini Tular Gara-Gara Guna Dialek Melayu Saratok Kongsi Pengalaman Melancong Ke Bali
Asal Melancong, Mesti Viral. Perkongsian Terbaru Dah Dapat Lebih 1K Likes!
Posting yang telah diterbitkan di laman Facebook beliau sejak 29 Disember 2019 yang lalu kini telah mendapat sebanyak seribu likes dan 529 shares, lengkap dengan perkongsian gambar yang lebih cantik menarik kau memang da bomb!



Masih Struggle Nak Faham? Cuba Rujuk Perkataan Yang Kami Dah Translate Ini
Menurut pembacaan kami, terdapat beberapa perkataan sukar yang kami anggap baru dan menarik untuk dikongsi. Kepada anda yang masih struggle untuk memahami sedikit sebanyak apa yang beliau cuba sampaikan, kami translate kan beberapa perkataan yang kami faham untuk anda.
- Mansang – pulang
- Rutit – rumit, leceh
- Sejuak – sejuk
- Ngge – kat, dekat
- Tebai – tebal
- Lanjuar – lanjur
- Asan – tempat
Dalam perkongsiannya, beberapa aspek penting perlu dititik beratkan seperti persediaan boarding pass pergi dan balik sebelum berangkat dari Malaysia (tiada liputan internet di sana), persediaan pemeriksaan imigresen dan keselamatan, jenis pakaian yang hendak dibawa, makan minum, serta bajet perbelanjaan.
Namun demikian, perkara yang paling menarik tentang pemuda ini ialah gambar travel nya yang sangat marvellous dan eye-candy! Selain itu, beliau juga sangat kreatif dan konfiden dalam fesyen yang digayakan. Tambahnya lagi, beliau sering mengenakan prinsip ‘Gender-Neutral Fashion’ iaitu stail fesyen yang tidak mengira gender lelaki atau wanita. Namun demikian, stail tersebut digayakan oleh Khafizul mengikut kesesuaian dan sensitiviti masyarakat. Gitu.









Sekda masalah semua ya. Asalkan kita stay true to ourself dan sik fake kata orang. Nak oh?
Apa kata anda? Jumpa perkataan baru yang anda tak faham? Sila kongsikan di ruangan komen, okay?
Sebarkan positiviti!