fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pemuda Ini Tular Gara-Gara Guna Dialek Melayu Saratok Kongsi Pengalaman Melancong Ke Bali

Nur Afifah by Nur Afifah
12 Disember 2019
Pemuda Ini Tular Gara-Gara Guna Dialek Melayu Saratok Kongsi Pengalaman Melancong Ke Bali
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Siapa Yang Belum Baca, Dialek Saratok nya Memang Dalam Habis!

Pemuda Ini Tular Gara-Gara Guna Dialek Melayu Saratok Kongsi Pengalaman Melancong Ke Bali
Kredit : FB Md Khafizul Awam
Pemuda Ini Tular Gara-Gara Guna Dialek Melayu Saratok Kongsi Pengalaman Melancong Ke Bali
Kredit : FB Md Khafizul Awam

Pemuda Ini Tular Gara-Gara Guna Dialek Melayu Saratok Kongsi Pengalaman Melancong Ke Bali. Bahasa Melayu Sarawak sangat berbeza dengan Bahasa Melayu yang biasa kita dengar di Semenanjung atau Sabah. Apatah lagi, dialek bahasa Melayu Sarawak berlainan daripada satu daerah ke satu daerah. Malah, ada juga berlainan daripada satu kampung ke satu kampung dalam kawasan yang sama.

Bagi anda yang kurang arif dengan dialek Melayu Saratok, sebutan perkataan dalam dialek ini kebanyakannya berakhir dengan huruf ‘O’. Jika anda pernah mendengar dialek Melayu Kabong, haa lebih kurang lah tu. Memang pekat habis!

Terbaharu, tular satu perkongsian di Facebook daripada seorang pemuda yang bernama Md Khafizul Awam tentang pengalaman trip nya ke Bali pada awal Disember ini. Apa yang menarik perhatian ialah perkongsian tersebut ditulis dalam dialek Melayu Saratok.

ADVERTISEMENT

Siapkan translator awal-awal ya!

Menurut Md Khafizul, beliau sering ditanya oleh rakan-rakan sekeliling tentang bagaimana beliau boleh berkunjung ke Bali sebanyak 2 kali dalam masa 4 bulan. Oleh itu, beliau mula menulis perkongsian tersebut dalam dialek Melayu Saratok kerana mudah untuk beliau explain kepada orang ramai.

Pemuda Ini Tular Gara-Gara Guna Dialek Melayu Saratok Kongsi Pengalaman Melancong Ke Bali

Dalam postingan ini, Md Khafizul menjelaskan beberapa perkara penting yang perlu diambil berat semasa melancong ke sana termasuklah wang saku, hotel, ubat-ubatan, stamina, pakaian, penjagaan muka, khidmat pemandu serta attitude.

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 10 Kluster COVID-19 Yang Masih lagi Aktif Di Sarawak

Sarawak Akan Lanjutkan PKP Dan PKPB Sehingga 14 Februari 2021

Perkataan Sukar Buat Anda Tertanya-Tanya

Jika diamati daripada seluruh postingan ini, ia tidak lah begitu sukar untuk difahami jika anda sudah biasa dengan bahasa Melayu Sarawak. Namun begitu, terdapat beberapa perkataan sukar yang akan membuatkan pembacaan anda terhenti seketika. Sebagai contoh, mejai, menjus, terkalat-kalat, benong, angoi, berketum. Haa, faham sik?

ADVERTISEMENT

Berdasarkan pengetahuan dan carian kami, ini lah maksud perkataan tersebut;

  • Angoi – rimas
  • Mejai – memaksa
  • Menjus – ekspresi wajah yang masam, tidak suka senyum
  • Terkalat-kalat – terhegeh-hegeh/tidak tentu pasal
  • Benong – cun
  • Berketum – berkurung/berkepam
  • Nantik – menunggu

Namun demikian, pesanan yang paling menarik tentang postingan ini ialah anda perlu cuba untuk mencari keunikan di sebalik keburukan yang anda lihat di tempat orang kerana itulah yang dinamakan sebagai adventure.

Pemuda Ini Tular Gara-Gara Guna Dialek Melayu Saratok Kongsi Pengalaman Melancong Ke Bali
Kredit : FB Md Khafizul Awam

Ujarnya lagi, kalau hidup kita ini sentiasa jumpa benda yang best, kita takkan tahu hidup ini ada pasang surut atau tidak. Gitu!

ADVERTISEMENT

Anda tahu makna perkataan sukar yang ada dalam postingan ini?

Jangan lupa komen, like dan share!

Share7362Tweet44SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy