fbpx
Cerita Borneo

Penerbangan Keluar Masuk Sarawak Dikurangkan Sekali Ganda, Ini Jadual Terbaharu

Berkuatkuasa mulai 1 hingga 14 Ogos 2020.

Penerbangan Keluar Masuk Sarawak Dikurangkan Sekali Ganda, Ini Jadual Terbaharu. Akibat penularan kes COVID-19 yang semakin meningkat di Sarawak, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak telah pun mengambil langkah pengurangan penerbangan keluar masuk Sarawak. Pengurangan tersebut turut termasuk penerbangan domestik di dalam Sarawak.

Menurut Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin, pengurangan penerbangan ini melibatkan syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, MASWings, Malindo Air, AirAsia, dan Scoot Airlines.

Jadual terbaharu kekerapan penerbangan

Kebanyakan penerbangan pada tempoh 1 hingga 14 Ogos 2020 dikurangkan satu kali ganda dari kekerapan biasa. Berikut merupakan jadual terbaharu yang dikeluarkan oleh JPBNS.

1. MAS : Kuala Lumpur, Kuching

Penerbangan Keluar Masuk Sarawak Dikurangkan Sekali Ganda, Ini Jadual Terbaharu
Penerbangan Keluar Masuk Sarawak Dikurangkan Sekali Ganda, Ini Jadual Terbaharu

2. MAS : Kuala Lumpur, Sibu, Bintulu, Miri

Penerbangan Keluar Masuk Sarawak Dikurangkan Sekali Ganda, Ini Jadual Terbaharu

3. AirAsia : Kuala Lumpur, Kuching, Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Pulau Pinang

Penerbangan Keluar Masuk Sarawak Dikurangkan Sekali Ganda, Ini Jadual Terbaharu

Kebanyakan penerbangan dikurangkan dari 14 kali seminggu ke 7 kali seminggu. Malah, ada yang dikurangkan daripada 21 kali seminggu ke 4 kali seminggu sahaja.

7 kali seminggu bersamaan dengan 1 kali penerbangan sahaja dalam sehari.

Penerbangan Keluar Masuk Sarawak Dikurangkan Sekali Ganda, Ini Jadual Terbaharu

Disaran mohon permit polis sebelum beli tiket tambang

Bagi pengangkutan awam darat dan air pula, Sarawak kini dibahagikan kepada dua zon iaitu Zon 1 (merah dan kuning) merangkumi Kuching, Samarahan dan Serian manakala Zon 2 (hijau) meliputi Sri Aman hingga ke Limbang.

Pergerakan rentas zon perlu mendapatkan permit dari balai polis yang berdekatan sebelum menaiki pesawat, bas atau bot ekspres. Orang ramai juga dinasihatkan untuk memohon permit sebelum membuat sebarang pembelian tiket.

Pihak syarikat pengangkutan juga diberi kuasa untuk tidak membenarkan mana-mana individu yang tidak mempunyai permit rentas zon untuk menaiki pesawat.

Agensi penguatkuasaan seperti Lembaga Sungai Sarawak, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan PDRM akan dikerah untuk memastikan agar segala SOP had pergerakan tersebut dipatuhi bagi memastikan keselamatan orang awam.

Jaga diri anda. Sentiasa patuhi SOP agar kita bebas dari kemelut COVID-19 ini. Kita jaga kita.

Artikel lain yang berkaitan :

Artikel Berkaitan

Back to top button