fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Pengeluaran MEPS Kekal Percuma, Masih Tiada Caj Dikenakan Setakat Ini

iloveborneo Oleh iloveborneo
1 Jun 2020
Pengeluaran MEPS Kekal Percuma, Masih Tiada Caj Dikenakan Setakat Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Perkara tersebut dimaklumkan dalam sidang media harian kluster keselamatan hari ini

Pengeluaran MEPS Kekal Percuma, Masih Tiada Caj Dikenakan Setakat Ini. Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob hari ini memaklumkan bahawa pengeluaran wang menerusi MEPS masih kekal percuma dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Pengeluaran MEPS Kekal Percuma, Masih Tiada Caj Dikenakan Setakat Ini
Pengeluaran MEPS Kekal Percuma, Masih Tiada Caj Dikenakan Setakat Ini

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas ditanya pemberita susulan kebenaran mesin ATM untuk beroperasi seperti biasa bermula hari ini.

Menurut beliau lagi, setakat ini tiada lagi perbincangan atau permohonan dari pihak bank untuk mengenakan cas RM1 kembali untuk pengeluaran wang yang menggunakan MEPS.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Oleh itu, pengecualian cas RM1 yang kebiasaannya dikenakan sebelum tempoh perintah kawalan pergerakan itu dikekalkan.

Sebelum ini, operasi mesin pengeluaran wang (ATM) hanya dibenarkan sehingga pukul 8 malam selaras dengan perintah kawalan pergerakan.

Namun begitu, mulai hari ini Kerajaan memutuskan untuk membenarkan mesin pengeluaran wang (ATM) untuk beroperasi seperti biasa seperti masa sebelum perintah kawalan pergerakan iaitu sehingga 24 jam

Dalam sidang media harian hari ini juga, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob memaklumkan bahawa PDRM mengeluarkan 356 kompaun kepada individu ingkar SOP semalam.

43 orang individu yang ingar SOP juga telah ditahan semalam oleh Pihak Polis Diraja Malaysia. 7 tapak binaan juga telah ditutup kerana didapati ingkar arahan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa setakat ini 56,814 pelajar IPT telah pulang ke rumah masing-masing dan 1,617 pelajar masih berada di kampus

Baca juga berita lain :

Share967Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy