fbpx
Cerita Borneo

Pengintip Sudah Mula Aktif, Waspada Aktiviti Pencerobohan Rumah Di Sekitar Kuching

Berlaku di Siol Kandis, Kuching

Pengintip Sudah Mula Aktif, Waspada Aktiviti Pencerobohan Rumah Di Sekitar Kuching. Sebuah pengguna Facebook memuatnaik beberapa keping gambar dan sebuah video menyoalkan pembuatan dua individu yang tengah mengintip rumah beliau baru-baru ini.

Yang lagi membimbangkan adalah beliau berada di rumah ketika perkara itu berlaku. Status terbabit turut mengundang kerisauan para netizen yang bimbang dengan perkara tersebut dan menasihati semua untuk berwaspada ketika di rumah.

Pengintip Sudah Mula Aktif, Waspada Aktiviti Pencerobohan Rumah Di Sekitar Kuching
Pengintip Sudah Mula Aktif, Waspada Aktiviti Pencerobohan Rumah Di Sekitar Kuching

Dirakam oleh jiran

Menurut beliau ketika dihubungi, perkara tersebut berlaku sekitar 5:30PM di Siol Kandis pada Khamis semalam. Tindakan individu-individu terbabit dirakam oleh jiran beliau dan mengumumkan perkara tersebut kepada beliau setelah menghantar gambar-gambar dan video itu kepadanya.

“Dua individu yang tidak dikenali mencerobohi premis kami tanpa kebenaran. Apa yang kami perasan dalam video tersebut mereka dalam keadaan ‘lalok’ atau khayal (ada sebuah plastik atas tanah ketika mereka bertunduk). Salah seorang daripada mereka membawa sebatang kayu, dipercayai untuk digunakan sebagai senjata,” kata beliau.

Beliau menambah lagi ia sudah menjadi kebiasaan untuk orang akan datang mencuri buah daripada kebun mereka, dimana perkara tersebut membuat mereka sekeluarga marah kerana buah-buahan tersebut adalah hasil daripada ketekunan mereka.

Berikut adalah rakaman daripada status beliau:

Video yang dirakam oleh jiran beliau.

Sudah Menjadi Kebiasaan Rumah Dijadikan Target

Difahamkan rumah beliau pernah dipecah masuk sebanyak 2 kali dan pernah menjadi sasaran untuk dicerobohi beberapa kali.

Beliau berkata lagi perumahan beliau pernah menjadi kawasan panas sehinggakan sederet rumah dipecah masuk sekitar 2002 atau 2003.

Mengenai individu-individu terbabit, beliau berkata kadang-kadang apabila beliau memandu di sekitar perumahan mereka, beliau akan perasan mereka dengan beg plastik mereka, dipercayai bahan untuk menghayalkan mereka.

Beliau mengatakan laporan polis akan dibuat untuk tindakan lanjut sekiranya pembuatan individu-individu terbabit sudah melampaui.

Hati-hati gais, penjahat kini sudah berani bertindak. Sekiranya anda rasa keselamatan anda diancam, sebagusnya anda membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Semoga perkara ini dijauh-jauhkan dan stay alert.

Baca lagi artikel di sini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close