fbpx
Cerita Borneo

Peniaga Ambil Kesempatan, Jual Topeng Muka 3 lapis Sekeping RM2.50 Di Dalat Sarawak

Ada saja yang nak ambil kesempatan kan?

Peniaga Ambil Kesempatan, Jual Topeng Muka 3 lapis Sekeping RM2.50 Di Dalat Sarawak. Dengan stok topeng muka yang terhad, apatah lagi dengan kekangan perintah kawalan pergerakan masih ada lagi individu yang cuba mengaut untuk lebih dengan menjual topeng muka diatas harga siling yang ditetapkan.

Baru baru ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah merampas 40 keping topeng muka 3 lapis yang dipercayai dijual pada harga RM100 di Dalat, Sarawak. Menurut laporan , pemilik topeng tersebut menjual sekeping topeng pada harga RM2.50, jauh lebih tinggi dari harga yang ditetapkan iaitu RM1.50 sekeping.

Menurut Ketua Cawangan KPDNHEP Mukah Salihin Den, tindakan itu diambil selepas menerima laporan daripada pihak awam melalui media sosial.

Pemilik kini disiasat

Mengambil kesempatan terhadap barang jualan yang dikawal bukanlah sesuatu yang boleh dipandang rendah, kes ini akan disiasat dibawah Seksyen 11, Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan 2011. Anda boleh rujuk tangkap layar di bawah :

Peniaga Ambil Kesempatan, Jual Topeng Muka 3 lapis Sekeping RM2.50 Di Dalat Sarawak
Peniaga Ambil Kesempatan, Jual Topeng Muka 3 lapis Sekeping RM2.50 Di Dalat Sarawak

Jika sabit kesalahan, pemilik boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau denda penjara tidak melebihi 3 tahun atauk kedua-duanya sekali.

Kerajaan Akan Edarkan Topeng Muka Percuma

Pada 4 April yang lepas, Ketua Menteri Sarawak mengeluarkan kenyatan bahawa Kerajaan Sarawak akan mengedarkan 2 juta keping topeng muka untuk 520,647 isi rumah di seluruh Sarawak. Topeng muka ynag ditempah itu telah tiba di Sarawak dan juga telah diberi kepada Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak untuk diagihkan ke seluruh Sarawak.

Baca Lagi Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button