fbpx
Cerita Borneo

Penjaja Makanan Dari Sarawak Menang Jackpot Sports Toto Bernilai RM26.4 Juta

Beliau menyatakan wang tersebut adalah wang ‘pencen’ untuk beliau

Seorang penjaja makanan yang berasal dari Kuching, Sarawak berjaya memenangi hadiah Jackpot Sports Toto yang bernilai RM26.4 Juta pada 26 Februari 2020 yang lalu. Individu yang berusia 67 tahun tersebut dipetik seperti berkata, wang tersebut adalah wang ‘pencen’ untuk beliau.

Penjaja Makanan Dari Sarawak Menang Jackpot Sports Toto Bernilai RM26.4 Juta
Penjaja Makanan Dari Sarawak Menang Jackpot Sports Toto Bernilai RM26.4 Juta

Menurut individu tersebut juga, nombor kemenangan 9958 & 5198 itu adalah hasil dari mimpi ‘pelik’ beliau beberapa tahun lepas. Walaupun gagal mengingati mimpi apa sebenarnya itu, individu tetap membeli nombor tersebut setiap kali cabutan diadakan. Bekerja sebagai seorang penjaja makanan bukanlah sesuatu yang mudah dan untuk mendapat ‘pencen’ adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan buat individu tersebut.

Beliau juga berbelanja sekitar RM10-RM20 untuk setiap kali cabutan sebelum berjaya memenangi hadiah lumayan tersebut. Individu tersebut juga merancang untuk membahagikan wang kemenangan tersebut kepada anak anak beliau dan juga terus ‘pencen’ selepas ini.

#disclaimer : Judi adalah haram untuk individu yang beragama islam

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button