fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pensyarah UNIMAS Korban Terbaru COVID-19, Kematian Warga Asing Pertama Di Malaysia

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
31 Mac 2020
Pensyarah UNIMAS Korban Terbaru COVID-19, Kematian Warga Asing Pertama Di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kematian Ke 41 (Kes Ke-1,275)

Pensyarah UNIMAS Korban Terbaru COVID-19, Kematian Warga Asing Pertama Di Malaysia. Menurut kenyataan media KKM hari ini, Malaysia mencatatkan 6 lagi kematian akibat COVID-19. Salah satu kematian yang dilaporkan ke CPRC Kebangsaan hari ini melibatkan seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang berusia 40 tahun. Beliau meninggal dunia pada 31 Mac 2020, jam 1.38 pagi di Hospital Umum Sarawak.

Ia merupakan kematian ke 41 (kes ke-1,245) iaitu kematian pertama melibatkan pesakit warga asing di Malaysia.

ADVERTISEMENT

Pensyarah Muzik Berusia 40 Tahun, Warganegara Indonesia

Pesakit yang bernama Iran Amri Musoddiq merupakan pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK) UNIMAS dan merupakan seorang warganegara Indonesia yang berasal dari Padang Panjang, Sumatera Barat. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang gubahan muzik elektronik, rakaman studio dan jurutera bunyi. Menurut sumber terdekat, beliau merupakan ahli usrah Masjid Desa Ilmu, Kota Samarahan serta sering berjemaah di sana.

Beliau disahkan positif COVID-19 dan mula dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 20 Mac 2020.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Berita kematian tersebut pada awalnya dimaklumkan menerusi Jawatankuasa Perwakilan Persatuan Mahasiswa Seni Gunaan dan Kreatif (PERSENI) UNIMAS dan telah diberitahu kepada Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI), Kuching. Ia kemudiannya disahkan secara rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi sidang media pada jam 5 petang tadi.

Pensyarah UNIMAS Korban Terbaru COVID-19, Kematian Warga Asing Pertama Di Malaysia
Pensyarah UNIMAS Korban Terbaru COVID-19, Kematian Warga Asing Pertama Di Malaysia

Walau bagaimanapun, isteri serta anak-anak beliau disahkan negatif dan kini masih menjalani kuarantin.

Al-Fatihah buat keluarga beliau. Semoga roh sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

ADVERTISEMENT

Amin.

Pensyarah UNIMAS Korban Terbaru COVID-19, Kematian Warga Asing Pertama Di Malaysia
Share8876Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy