fbpx
Cerita Borneo

Penutupan Laluan Masuk Dan Keluar Taman Desa Ilmu, Unigarden Adalah Untuk Saringan Sahaja

Bukan untuk Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (EMCO)

Penutupan Laluan Masuk Dan Keluar Taman Desa Ilmu, Unigarden Adalah Untuk Saringan Sahaja. Terkini, dilaporkan laluan masuk dan keluar Taman Desa Ilmu dan Unigarden ditutup namun tujuan ini adalah untuk saringan dan bukan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (Enforced Movement Restriction Order a.k.a. EMCO) seperti yang disyaki oleh penduduk kawasan tersebut.

Penutupan Laluan Masuk Dan Keluar Taman Desa Ilmu, Unigarden Adalah Untuk Saringan Sahaja
Penutupan Laluan Masuk Dan Keluar Taman Desa Ilmu, Unigarden Adalah Untuk Saringan Sahaja

15 Sekatan Jalan Raya di laluan masuk dan keluar di Kota Samarahan

Difahamkan sebanyak 15 sekatan jalan raya dilakukan di 15 masuk dan keluar Kota Samarahan iaitu di Taman Desa Ilmu dan Taman Unigarden mulai hari ini. Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail, beliau berkata penutupan jalan di kedua-dua lokasi tersebut adalah untuk membolehkan pengesanan kes aktif individu yang mempunyai hubungan rapat dengan kes positif Covid-19, yang berlaku dari sekarang hingga 30 April 2020.

Beliau menjelaskan penutupan itu bukan EMCO tetapi pergerakan orang masuk dan keluar akan dikawal ketat sepanjang tempoh tersebut.

“Ya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tengah bekerjasama untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah di kedua lokasi ini. Dari pihak PDRM, kami membantu mengawal pergerakan orang dengan menutup beberapa laluan ke dua lokasi ini,” kata beliau.

Sebanyak 202 pegawai dan anggota pasukan polis Sarawak akan terlibat di dua lokasi tersebut semasa tempoh durasi. Beliau kata lagi, jalan yang ditutup adalah jalan yang jarang digunakan dan mempunyai sekatan jalan bagi orang lain untuk mengawal kemasukan penduduk dan penduduk yang keluar dari lokasi terbabit.

Orang luar tidak dibenarkan memasuki kedua-dua lokasi tersebut

Beliau menegaskan orang yang bukan penduduk di kedua-dua lokasi tersebut dilarang memasuki kawasan terbabit dan hanya orang yang mempunyai urusan atau pekerjaan penting sahaja dibenarkan keluar dan masuk ke lokasi tersebut.

Semalam, diumumkan bahawa Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) melalui Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan akan melakukan pemantauan aktif terhadap kes Covid-19 di dua lokasi di Kota Samarahan dari 27 hingga 30 April. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, dua lokasi yang terlibat adalah Taman Desa Ilmu dan Taman Unigarden.

Beliau mengatakan ini akan dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Pejabat Residen Bahagian Samarahan, anggota polis dan Rela, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta lain-lain.

Artikel Berkaitan

Back to top button