fbpx
Cerita Borneo

Penyanyi Lagu Januari, Glenn Fredly Meninggal Dunia Akibat Radang Otak

Mendiang Meninggal Pada Usia 44 Tahun

Penyanyi Lagu Januari, Glenn Fredly Meninggal Dunia Akibat Radang Otak. Jika anda meminati lagu Januari yang popular sekitar awal tahun 2000-an, anda pasti mengenali penyanyinya iaitu Glenn Fredly. Walau bagaimanapun, beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada 8 April 2020 (Rabu) pada jam 6 petang.

Mendiang meninggal dunia akibat radang otak (meningitis) di Rumah Sakit Setia Mitra, Jakarta serta meninggalkan seorang balu, Mutia Ayu yang baru sahaja melahirkan anak pertama mereka pada bulan Februari yang lalu.

Berita kematian Glenn dimaklumkan menerusi rakan rapat beliau yang juga merupakan seorang penyanyi iaitu Tompi.

Penyanyi Lagu Januari, Glenn Fredly Meninggal Dunia Akibat Radang Otak

Kematian Glenn Kehilangan Besar Buat Muzik Indonesia

Beberapa rakan artis juga turut berduka cita atas pemergian mengejut Glenn Fredly dan menyifatkan industri muzik Indonesia kehilangan seorang lagi pemuzik terbaik mereka.

Meninggalkan Seorang Anak Perempuan Pada Genap Usianya 40 Hari

Di laman Instagram pula, isterinya sempat memuat naik gambar mereka berdua dengan kapsyen yang menyatakan usia anaknya pada hari ini genap 40 hari.

Glenn Fredly atau nama sebenarnya, Glenn Fredly Deviano Latuihamallo, berusia 44 tahun dan lahir pada tanggal 30 September 1975 di Jakarta, Indonesia.

Beliau yang terkenal di Malaysia dengan lagu Januari memulakan karier nyanyiannya dengan menjadi vokalis sebuah kugiran Funk Section sekitar tahun 1995. Tiga tahun kemudian, beliau menyanyi secara solo dan album keduanya yang bertajuk KEMBALI melonjakkan populariti beliau.

Penyanyi Lagu Januari, Glenn Fredly Meninggal Dunia Akibat Radang Otak
Penyanyi Lagu Januari, Glenn Fredly Meninggal Dunia Akibat Radang Otak

Selain itu, beliau juga membentuk trio yang dinamakan Trio Lestari bersama rakan artis, Tompi dan Sandhy Sandoro.

Sebelum berkahwin dengan Mutia Ayu pada tahun 2019, mendiang pernah mendirikan rumah tangga bersama Dewi Sandra dari tahun 2006 hingga 2009.

Rest in peace, Glenn Fredly.

Artikel Berkaitan

Back to top button