fbpx
Cerita Borneo

Penyokong Najib Tiada Kawalan Kendiri, DG Hisham Luah Kekesalan

Sia-sia penat lelah frontliners selama ini.

Penyokong Najib Tiada Kawalan Kendiri, DG Hisham Luah Kekesalan. Susulan kehadiran Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk mendengar keputusan perbicaraan kes SRC International di bawah unit 1MDB, perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini dibanjiri oleh ribuan penyokong bekas pemimpin negara itu.

Penyokong Najib Tiada Kawalan Kendiri, DG Hisham Luah Kekesalan
Sumber : Malay Mail

Walau bagaimanapun, kehadiran penyokong yang begitu ramai itu telah menimbulkan suasana kurang senang dan membahayakan terutamanya semasa musim pandemik yang masih memuncak ini.

Tidak endah SOP, penjarakan selamat

Kebanyakan daripada mereka tidak mengamalkan penjarakan sosial dan sanggup berhimpit dengan ribuan penyokong lain. Lebih mendukacitakan, golongan ini juga dilihat terdiri daripada warga emas serta golongan yang kurang keupayaan.

Penyokong Najib Tiada Kawalan Kendiri, DG Hisham Luah Kekesalan
Sumber : Sinar Harian

Seperti yang anda semua maklum, golongan ini merupakan golongan yang berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID-19.

DG Hisham luah kekesalan

Ekoran situasi tersebut, Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah meluahkan kekesalannya terhadap sikap rakyat yang sanggup mengenepikan keselamatan dan kesihatan diri semasa waktu sukar ini.

Luahan tersebut dimuat naik dalam bentuk ciapan balas kepada ciapan agensi berita nasional, BERNAMA yang menyatakan kebimbangan ahli parlimen tentang kewujudan kluster baru.

“Sudah terang lagi bersuluh KKM ingatkan hari-hari,” – DG Hisham

Nada kesal yang dimulakan dengan peribahasa ‘sudah terang lagi bersuluh’ itu menyebut tentang usaha keras yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Jelasnya, pihak KKM telah memberi peringatan setiap hari kepada rakyat Malaysia tentang penjarakan selamat sekurang-kurangnya 1 meter, memakai pelitup separuh muka dan kerap mencuci tangan.

Namun, kesudahannya beliau sedih apabila melihat penyokong Najib berhimpun tanpa adanya kawalan kendiri.

Meningkatkan risiko peningkatan kes secara mendadak

Sekiranya kes kembali meningkat dengan mendadak, penat lelah petugas barisan hadapan yang tidak berehat siang dan malam sejak beberapa bulan yang lalu akan lenyap sekelip mata.

Malah, sistem kesihatan Malaysia akan lumpuh jika jumlah kes melebihi kapasiti hospital.

Anda mempunyai hak untuk berhimpun. Perbuatan itu tidak salah tapi yang salah dan jelik ialah berhimpun tanpa penjarakan sosial.

Penyokong Najib Tiada Kawalan Kendiri, DG Hisham Luah Kekesalan
Penyokong Najib Tiada Kawalan Kendiri, DG Hisham Luah Kekesalan

Tidak ubah seperti sikap angkuh rakyat Amerika

Jika semua rakyat berperilaku seperti ini, maka kita sebenarnya tiada beza dengan sebilangan rakyat Amerika yang berhimpun tanpa menghiraukan penjarakan sosial. Akibatnya, anda boleh saksikan sendiri kejatuhan negara tersebut gara-gara sikap angkuh dan pentingkan diri.

Kini, Amerika mendahului carta jangkitan COVID-19 di dunia dengan 4 juta kes serta hampir 150 ribu kematian.

Dalam perkembangan lain, netizen turut bengang dengan sikap penyokong Najib yang seolah-olah mahu kluster baru wujud di Malaysia. Apatah lagi kes di negara ini semakin meningkat saban hari.

Takkan nak PKP lagi kot? Come on rakyat Malaysia!

Baca artikel selanjutnya di sini :

Sumber
Twitter BERNAMA

Artikel Berkaitan

Back to top button