Beli penghawa dingin dan peti sejuk, boleh dapat rebat RM 200. Boleh tahan.
Percaya Atau Tidak, Anda Boleh Jimat RM 200 Jika Beli Aircond Dan Peti Sejuk Tahun Ini. Perkakas rumah adalah sesuatu yang penting dalam sesebuah rumah. Malah, tanpa perkakas rumah yang elok dan berkualiti, rutin harian anda akan menjadi serba tidak kena. Paling menyedihkan, bil elektrik di rumah anda akan melambung dengan tinggi jika perkakas rumah anda tidak berfungsi dengan baik ataupun jenis perkakas yang anda gunakan tidak jimat tenaga.
Jika anda rasa anda memerlukan perubahan perkakas rumah tahun ini, ada berita baik untuk anda!
Tahukah anda bahawa anda boleh berjimat sehingga RM 200 jika anda membeli pendingin hawa atau peti sejuk pada tahun ini? Penjimatan tersebut boleh anda nikmati apabila anda menuntut rebat RM 200 melalui Program SAVE 2.0. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk mendapatkan pendingin hawa dan peti sejuk bertaraf 4 atau 5 bintang dengan harga yang lebih murah!

Program yang dikendalikan oleh Sustainable Energy Development Authority (SEDA) dengan kerjasama Suruhanjaya Tenaga ini adalah salah sebuah program dibawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli. Seperti mana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 yang lalu, Program SAVE 2.0 ini bertujuan untuk meningkatkan jumlah bilangan kelengkapan elektrik cekap tenaga bertaraf 5 bintang dan 4 bintang di pasaran serta menggalakkan orang ramai untuk membeli kelengkapan cekap tenaga yang mampu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
Adakah anda layak memohon?
Jika anda merupakan warganegara Malaysia, ya! Anda layak untuk memohon rebat ini dengan syarat anda perlu memenuhi beberapa kriteria seperti di bawah ;
- Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) dengan syarikat utiliti elektrik seperti Tenaga NasionaL Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) atau Sarawak Energy Berhad (SEB).
- Menggunakan e-rebat untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 bintang cekap tenaga pada tahun 2021.
- 1 akaun elektrik, 1 diskaun e-rebat dan 150,000 tebusan pertama sahaja.
Kira macam siapa cepat, dia dapat lah ni kan?
Boleh tebus di kedai atau melalui platform Shopee
Terdapat 2 cara yang boleh anda gunakan untuk memohon rebat RM 200 ini iaitu sama ada anda menghantar permohonan terus di kedai kelengkapan pilihan anda atau menebusnya di platform beli belah atas talian iaitu Shopee.
Kaedah 1 : Pembelian di Kedai/Peruncit
Anda boleh terus ke kedai atau pasar raya yang berdaftar dengan Program SAVE 2.0 dan anda akan dibantu untuk membuat permohonan secara atas talian di laman sesawang. Setelah itu, anda boleh memilih untuk membeli sama ada pendingin hawa atau peti sejuk cekap tenaga yang terpilih dengan potongan harga sebanyak RM 200.

Kaedah 2 : Tebus e-rebat di Shopee dan Lazada
Untuk penebusan baucar e-rebat di Shopee atau Lazada, anda perlu mendaftar di platform tersebut dan mengemukakan beberapa maklumat penting seperti nama dan nombor akaun bil elektrik. Setelah itu, anda perlu menunggu beberapa hari untuk kelulusan dan semakan kuota daripada SEDA.
Jika anda berjaya, anda akan dimaklumkan melalui notifikasi di platform tersebut dan baucar RM 200 akan dikreditkan ke akaun anda untuk pembelian secara atas talian.


Nota kaki : Untuk pengguna di Sabah dan Sarawak, kami cadangkan anda untuk membuat permohonan terus di kedai kelengkapan elektrik yang berdaftar dengan Program SAVE 2.0 bagi mengelakkan anda membayar caj penghantaran yang mahal dari Semenanjung Malaysia jika anda menggunakan platform Shopee dan Lazada. Melalui tinjauan kami juga, kebanyakan kedai yang menawarkan kelengkapan elektrik yang tersenarai di platform ini juga tidak menyokong penghantaran ke Sabah dan Sarawak.
Semak kedai kelengkapan elektrik di Sabah dan Sarawak yang berdaftar dengan program SAVE 2.0
Anda boleh menyemak kedai kelengkapan elektrik yang berdaftar dengan Program SAVE 2.0 di Sabah dan Sarawak seperti berikut ;
SARAWAK




SABAH




Jika anda berhasrat untuk membeli kelengkapan rumah pada tahun ini, kami sarankan kepada anda agar tidak berlengah kerana baucar rebat ini terhad kepada 150,000 individu terawal sahaja.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman sesawang SEDA di pautan SEDA SAVE 2.0
Selamat membeli belah!