Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia
Perdana Menteri Umum Bantuan RM1600 Kepada Rakyat Berpendapatan RM4000 Ke Bawah. Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi memperuntukkan RM250 billion untuk membantu rakyat Malaysia dalam menangani krisis COVID19. Bantuan Prihatin Nasional secara one off yang bernilai RM10 billion ini antaranya adalah pemberian bantuan sebanyak RM1600 kepada hampir 4 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4000 dan kebawah.
Selain itu, bantuan one off itu juga melibatkan :
1. RM1000 kepada hampir 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
2. RM800 kepada 3 juta individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan kebawah
3. RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,001 hingga RM4,000 sebulan
4. RM200 seorang kepada golongan pelajar institusi pengajian tinggi yang ketika ini turut terkesan
Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedang dilaksanakan akan dibayar pada Julai 2020
Pakej One Off bernilai RM10 billion ini adalah sebahagian daripada Pakej Ransangan Ekonomi yang bernilai RM250 billion