fbpx
Cerita Borneo

Pernah Nyanyi Depan Ariana Grande, Lelaki Ini Rupanya Berasal Dari Sarawak

Untungnya Dapat Nyanyi Depan Artis Hollywood!

Pernah Nyanyi Depan Ariana Grande, Lelaki Ini Rupanya Berasal Dari Sarawak. Siapa sangka seorang lelaki biasa dapat menyanyi dengan penuh perasaan di hadapan seorang penyanyi Hollywood yang ternama di dunia? Kisah ini bukan sahaja ‘one of a kind‘ kepada semua malah kepada lelaki itu sendiri. Untung nya!

Lelaki yang bernama Clinton Jerome Chua ini pernah menyanyi di hadapan Ariana Grande semasa sebuah pertemuan di studio Universal Music. Namun, apa yang lebih menarik perhatian ialah sebenarnya beliau berasal dari Miri, Sarawak.

Pernah Nyanyi Depan Ariana Grande, Lelaki Ini Rupanya Berasal Dari Sarawak

Penyanyi Sepenuh Masa Berdarah Cina Melanau

Penyanyi berdarah campuran Cina Hokkien dan Melanau ini dilahirkan pada 30 September 1993 di Miri, Sarawak. Setelah menamatkan ijazah sarjana muda komunikasi massa dan perhubungan awam di Universiti Curtin, beliau berhijrah ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai penyanyi sepenuh masa.

Mula Tular Selepas Menang ‘I Can See Your Voice’ Malaysia

Beliau mula menjadi tumpuan warga internet setelah menjadi pemenang mingguan sebuah program realiti ‘I Can See Your Voice‘ versi Malaysia yang ditayangkan di saluran TV3. Menerusi program tersebut, beliau harus meyakinkan para juri dan penyanyi jemputan iaitu Shila Amzah agar memilihnya sebagai pasangan duet di akhir rancangan.

Dengan aksi ‘miming‘ yang bersahaja dan menyakinkan, beliau akhirnya dipilih oleh Shila Amzah untuk berduet bersama. Dari situ, bakat nyanyian beliau terserlah. Rata-rata penonton serta para juri kagum dengan kelunakan suara beliau yang memukau membawakan lagu ‘Selamanya Cinta’.

Pernah Nyanyi Depan Ariana Grande, Lelaki Ini Rupanya Berasal Dari Sarawak
Pernah Nyanyi Depan Ariana Grande, Lelaki Ini Rupanya Berasal Dari Sarawak

Menerusi program tersebut juga, didedahkan bahawa Clinton rupa-rupanya pernah menyanyi lagu Ariana Grande yang berjudul ‘My Everything‘ di hadapan penyanyi lagu itu sendiri.

Malah, beliau juga pernah menyanyi di hadapan seorang lagi penyanyi iaitu Calum Scott yang popular dengan lagu ‘You Are The Reason‘.

Dah Ada ‘Single’ Sendiri Di Spotify

Bukan itu sahaja, sejak episod tersebut tular di laman sosial Twitter semalam, terdapat seorang pengguna Twitter yang menyatakan bahawa beliau sebenarnya berasal dari Sarawak dan mempunyai beberapa buah lagu di Spotify. Antara ‘single’ nya boleh anda dengar di Spotify ialah ‘Kedua Kali‘, ‘Demam Cinta‘ dan ‘Rewind‘. Wow!

Jika anda berada di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh menyaksikan Clinton melakukan persembahan di Le Noir, Suzie Wong, No Black Tie, Morganfields dan Tavern 13.

Ikuti perjalanan karier anak seni Sarawak ini melalui platform media sosial beliau ;

Facebook | Instagram | Twitter | Youtube | Spotify

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close