fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pertandingan Mengarang Integriti 2019 Tawar Hadiah Sehingga RM3,000!

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
26 September 2019
Pertandingan Mengarang Integriti 2019 Tawar Hadiah Sehingga RM3,000!
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Nulis ajak dapat RM3,000? Sapa sik maok!

Anda suka berimaginasi? Atau suka menulis puisi-puisi persis Rangga dalam Ada Apa Dengan Cinta? Atau anda suka ngerepak tentang sesuatu, posting di Facebook tapi sendu, tak dapat like? Tak mengapa, kini anda boleh dapat RM3,000 dengan hanya menulis. Mudah kan?

Pertandingan Mengarang Integriti 2019 Tawar Hadiah Sehingga RM3,000!

Pertandingan Mengarang Integriti 2019 kini membuka penyertaan kepada seluruh rakyat Sarawak atau warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak, daripada pelbagai latar belakang dan usia untuk menulis esei, cerpen mahupun puisi. Untuk makluman anda, peraduan anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri (UNION) dengan kerjasama Persatuan Penulis Sarawak (PENULIS) ini membuka sebanyak 4 kategori penulisan iaitu Karangan/Esei Integriti, Cerpen Bahasa Melayu Integriti, Cerpen Bahasa Iban Integriti, dan Puisi Integriti. Tema utama bagi peraduan ini ialah Sarawak Negeri Maju Berintegriti Tinggi Pada Tahun 2030.

ADVERTISEMENT

Hadiah Istimewa untuk Entri Paling Awal

Pertandingan Mengarang Integriti 2019 Tawar Hadiah Sehingga RM3,000!

Apa yang menarik perhatian ialah hadiah berupa wang tunai yang berjumlah RM3,000 yang ditawarkan kepada pemenang tempat pertama bagi kategori Umum untuk Karangan/Esei Integriti. Selain itu, ada juga hadiah istimewa menanti untuk penyertaan terawal serta sekolah yang paling banyak menghantar penyertaan. Kalau anda nak hantar 100 penyertaan pun dialukan-alukan. Jangan risau, setiap penyertaan juga akan diberikan sijil penyertaan. Nampak value-added kalau letak dalam resume kan?

Penganjur Dah Bagi Hint Nak Tulis Apa

Jangan risau kalau anda tak ada idea nak tulis apa sebab pihak penganjur sudah memberi hint apa yang perlu ada dalam penulisan anda. Hint yang diberi ini adalah berdasarkan FAQ ( Frequently Asked Questions) daripada mereka yang berminat.

ArtikelBerkaitan

TERKINI : PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 18 Januari 2021

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Pertandingan Mengarang Integriti 2019 Tawar Hadiah Sehingga RM3,000!

Jika anda ada sebarang pertanyaan, pihak urusetia juga menyediakan talian whatsapp yang beroperasi 24 jam 7 hari seminggu iaitu +6011-3717 8788 atau imbas kod QR di atas untuk mendapatkan syarat pertandingan dan borang penyertaan. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 November 2019. Jadi, apa tunggu lagik? On sik on? Jangan lupa like dan share serta tag kawan-kawan anda yang suka menulis.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Share276Tweet79SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy