fbpx
Cerita Borneo

Perunding Imej Ini Dedah Rahsia Kemeja Putih Dan Sut Lengkap PM Semasa Sidang Media

Begitu Rupanya!

Perunding Imej Ini Dedah Rahsia Kemeja Putih Dan Sut Lengkap PM Semasa Sidang Media. Perasan atau tidak, setiap kali sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penampilannya agak santai dan bersahaja.

Walau pun begitu, jika anda benar-benar memerhatikan imej yang dibawa olehnya, penampilannya yang tidak terlalu formal dengan menggayakan kemeja berwarna cerah sambil lengan baju dilipat ke paras siku sebenarnya mempengaruhi emosi rakyat setiap kali beliau menyampaikan amanat.

Walau pun baru menggalas tugas sebagai Perdana Menteri, gaya tersebut sedikit sebanyak membuatkan rakyat berasa lega dan percaya untuk terus menantikan maklumat daripadanya.

Pemilihan Pakaian PM Beri Kesan Psikologi Kepada Rakyat

Menurut perunding imej, Asnawi Yusof, pemilihan pakaian Perdana Menteri setiap kali beliau menyampaikan perutusan khas adalah disifatkan sebagai bijak kerana terdapat beberapa perkara dalam konsep berpakaian yang turut memberi kesan psikologi kepada manusia.

Perunding Imej Ini Dedah Rahsia Kemeja Putih Dan Sut Lengkap PM Semasa Sidang Media
Asnawi Yusof, perunding imej.

Pemilihan warna, padanan corak, aksesori serta formaliti pakaian adalah perkara yang mempengaruhi ‘impression’ individu yang melihatnya secara tidak langsung.

Terang Asnawi lagi, sekiranya anda melihat seseorang warga emas memakai kopiah, memiliki janggut sederhana panjang dan percakapannya sentiasa berteraskan agama, maka secara automatik anda akan memanggilnya ‘Tuan Haji’.

Berlainan pula jika anda melihat seseorang memakai sut lengkap bertali leher, berkasut hitam Oxford dan bercakap menggunakan iPhone 11 Pro, pasti anda akan beranggapan bahawa individu tersebut adalah seorang yang berjaya atau ‘anak orang kaya’.

Kemeja Putih Lengan Dilipat Imej Jujur, Dekat Dengan Rakyat Biasa

Oleh yang demikian, perunding imej tersebut mempunyai analisisnya yang tersendiri terhadap cara pemakaian Tan Sri Muhyiddin semasa sidang media pengumuman situasi semasa COVID-19 dan sidang media pengumuman pakej Prihatin.

Jika dilihat semasa sidang media PKP dan perkembangan semasa COVID-19 pada 13 dan 16 Mac yang lalu, Tan Sri Muhyiddin mengenakan kemeja putih tanpa corak beserta tali leher kelabu gelap dengan corak yang minimal. Selain itu, beliau juga mengenakan kemeja biru cair dipadankan dengan tali leher berona sama tanpa mengenakan blazer. Tidak dilupa, beliau juga melonggarkan formaliti dengan melipat lengan kemeja nya hingga ke paras siku.

Perunding Imej Ini Dedah Rahsia Kemeja Putih Dan Sut Lengkap PM Semasa Sidang Media
Perunding Imej Ini Dedah Rahsia Kemeja Putih Dan Sut Lengkap PM Semasa Sidang Media

Secara psikologinya, imej ini menampakkan Tan Sri Muhyiddin sebagai seorang yang jujur dan suci serta menggambarkan tiada maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan umum. Tali leher yang dipakai pula menandakan tanda keamanan dan harmoni serta keinginannya untuk lebih dekat dengan rakyat.

Tan Sri Muhyiddin juga mengurangkan formaliti dengan tidak memakai blazer supaya lebih membumi dengan masyarakat terutamanya golongan rakyat biasa.

Guna Sut Lengkap Umum Pakej Prihatin Tanda PM Serius Dan Profesional

Penampilan ini berbeza dengan penampilannya semasa mengumumkan pakej rangsangan ekonomi Prihatin. Pada waktu ini, beliau mengenakan sut lengkap berona biru gelap beserta tali leher biru dan tanda nama.

Perunding Imej Ini Dedah Rahsia Kemeja Putih Dan Sut Lengkap PM Semasa Sidang Media

Ujar Asnawi lagi, penampilan formal tersebut menandakan bahawa Perdana Menteri bersikap serius kerana ingin menyampaikan sesuatu yang penting serta bernilai RM 250 bilion kepada rakyat Malaysia.

Penampilan sebegini adalah perlu bagi membantu Tan Sri Muhyiddin sebagai seorang Perdana Menteri yang boleh dipercayai, berkarisma dan profesional dalam menjalankan tanggungjawab.

Bukan itu sahaja, pemilihan perkataan dalam Bahasa Melayu yang sesuai beserta terma layman (bahasa yang mudah difahami) amat dititikberatkan selain penggunaan ayat Bahasa Inggeris yang dikhususkan untuk masyarakat bandar atau elite people.

Sampai sebegitu sekali ya pemerhatian rakyat Malaysia terhadap Perdana Menteri yang baru.

Patut lah ada pepatah, ‘first impression’ itu penting.

Baca artikel lain yang menarik di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button