fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Petronas Akan Meneruskan Usaha Untuk Membantu Komuniti Tempatan

iloveborneo Oleh iloveborneo
30 Oktober 2018
Petronas Akan Meneruskan Usaha Untuk Membantu Komuniti Tempatan
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Petronas Akan Meneruskan Usaha Untuk Membantu Komuniti Tempatan

Petronas akan terus berusaha untuk melaksanakan Program ‘Corporate Social Responsibility’ yang holistik dan juga mampan berfokuskan kepada kesejahteraan komuniti, pendidikan dan juga persekitaran.

”Fokus utama program ‘CSR’ kami adalah untuk memenuhi keperluan komuniti tempatan” – Menurut Zaki Hashim, Pengurus Besar Jabatan Servis dan Teknikal, Petronas Carigali Sdn Bhd Sarawak Oil (SK Oil), ketika majlis penyampaian hadiah untuk Pertandingan Boling Persahabatan Petronas-NSJA.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Petronas Akan Meneruskan Usaha Untuk Membantu Komuniti Tempatan

Dengan menyebut contoh terkini mengenai lawatan media ke tapak projek Petronas di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti, Zaki juga berkata bahawa media turut memberi liputan yang baik untuk lawatan tersebut.

“Laporan anda mengenai projek tersebut telah berjaya meningkatkan tahap kesedaran awam mengenai pemeliharaan dan juga pemuliharaan terumbu karang kita yang berharga, dari dirosakkan oleh aktiviti perikanan yang haram”

“Kami berharap agar anda meneruskan usaha untuk menulis lebih banyak laporan mengenai projek ini bagi meningkatkan lagi kesedaran awam mengenai kepentingan penjagaan marin dan juga impak ekonomi yang boleh dijanakan untuk Bandaraya Miri dan juga komuniti Nelayan secara khususnya” ujar beliau lagi.

Zaki juga memuji pemberita di Miri kerana membantu untuk memberi liputan mengenai inisiatif yang diambil oleh Petronas dan rakan strategiknya dalam menambahbaik kesejahteraan komuniti tempatan, pendidikan dan memelihara alam sekitar di Sarawak selama ini.

Terdapat sebanyak 20 orang pemberita tempatan termasuk Andy Jong,Presiden ‘Northern Sarawak Journalists Association’ (NSJA) dan staf Petronas ketika majlis penyampaian hadiah tersebut. Kira kira 30 orang pemain dari NSJA dan Petronas telah mengambil bahagian dalam pertandingan persahabatan tersebut.

Pemberita dari New Sarawak Tribune (Miri) Margeret Ringgit dan Awang Zaitia Awang Pauzi dari RTM Miri dinobatkan sebagai ‘Best Scorer’ untuk kategori wanita dan lelaki dalam pertandingan persahabatan tersebut.

Share64Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy