fbpx
Cerita Borneo

PKP Antara Dua Darjat Cetus Kemarahan Netizen

Adakah Rakyat Malaysia Perlu Ada ‘Kasta’ Untuk Lepas PKP?

PKP Antara Dua Darjat Cetus Kemarahan Netizen. Seperti yang anda semua sedia maklum, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah suatu penguatkuasaan yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk mengekang penularan wabak yang sehingga kini telah membunuh hampir 100 nyawa di Malaysia.

Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula individu yang dilihat melepasi PKP untuk tujuan atau pertemuan yang dikatakan ‘penting’ sedangkan sebarang perbincangan berbentuk maya atau ‘virtual meeting‘ pada masa ini adalah lebih digalakkan daripada perjumpaan secara bersemuka.

Menerusi tinjauan di laman sosial Twitter, tular gambar segelintir individu yang mempunyai kelebihan untuk melepasi PKP dan bersemuka di pejabat kerajaan. Mereka dikatakan tampil ke pejabat kementerian untuk berbincang dan bertukar-tukar cadangan.

Jika setakat bertukar-tukar pandangan, rasanya lepas PKP pun boleh jumpa kan?

PKP Antara Dua Darjat Cetus Kemarahan Netizen
PKP Antara Dua Darjat Cetus Kemarahan Netizen
PKP Antara Dua Darjat Cetus Kemarahan Netizen

Patutnya Lebih Rasa Bertanggungjawab

Rentetan daripada perkhabaran yang tular tersebut, netizen mula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan mereka yang sanggup melanggar PKP hanya untuk suatu tujuan yang boleh dibuat dengan alternatif lain seperti perjumpaan dalam talian. Dalam pada masa yang sama, netizen turut mempersoalkan rasa tanggungjawab kolektif yang sepatutnya ada pada individu terbabit kerana negara pada saat ini sedang dilanda pandemik.

PKP Antara Dua Darjat Cetus Kemarahan Netizen

Malah, ‘kasta’ netizen yang berpangkat rakyat biasa sangat sukar untuk melepasi sekatan jalan raya semasa PKP walau pun mempunyai tujuan yang lebih penting seperti pergi ke hospital.

PKP Antara Dua Darjat Cetus Kemarahan Netizen

Rakyat Marhaen Di Sarawak Sanggup Beratur Panjang Dapatkan Surat Kebenaran PKP

Keadaan di Sarawak pula lebih parah. Di sebuah kawasan pinggir bandar Sarikei, penduduk terpaksa beratur panjang semata-mata untuk mendapatkan surat kebenaran untuk keluar ke bandar untuk mengambil wang dan mengisi minyak kenderaan. Hal ini kerana kawasan mereka tidak mempunyai ATM dan stesen minyak.

Perkara yang patut diambil perhatian ialah mereka sanggup beratur panjang semata untuk mendapatkan kebenaran dari pihak polis bagi menunaikan suatu keperluan hidup. Disebabkan rakyat biasa tidak kebal akta dan mungkin dianggap kasta lebih rendah daripada individu yang tular, sekurang-kurangnya mereka masih mempunyai rasa tanggungjawab untuk memperkasakan PKP serta menjaga keselamatan sesama sendiri.

Bayangkan jika rakyat biasa ini bersikap seperti individu tersebut, PKP bukan sahaja gagal. Malah, seluruh negara akan hancur.

Seperti yang anda tahu, penyakit ini tidak mengenal siapa. Tidak kenal darjat atau pangkat.

Sedangkan YDP Agong Pun Bermesyuarat Secara ‘Online’

Satu lagi contoh yang ialah Yang Di-Pertuan Agong. Jika baginda digambarkan dalam sistem kasta PKP ini, barangkali baginda adalah insan yang paling kebal terhadap undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan kerana baginda adalah Ketua Negara.

Walau bagaimanapun, baginda dilihat sangat menghormati PKP walaupun baginda merupakan individu yang paling berkuasa di Malaysia. Malah, YDP Agong berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet kali kedua menerusi sidang video dengan Perdana Menteri.

Tiada siapa peduli sidang video anda dipancarkan menggunakan skrin besar atau anda ingin tetap menjaga jarak sosial. Yang penting, anda kekal di rumah. Jalankan amanah dari rumah. Tidak perlu dijemput.

PKP Antara Dua Darjat Cetus Kemarahan Netizen
PKP Antara Dua Darjat Cetus Kemarahan Netizen

Melalui perbandingan antara dua darjat ini, adakah seseorang individu yang mempunyai kedudukan dan kekayaan layak mendapatkan keistimewaan semasa PKP berbanding rakyat biasa yang turut mempunyai kepentingan yang sama? Malah lebih penting dari urusan sekadar minum kopi dan tukar pendapat?

Semoga kasta kayangan ini sedar bahawa mereka tidak istimewa. Tanpa wang, nama dan kuasa, mereka hanyalah insan biasa yang perlu surat dari balai untuk lepas sekatan jalan raya.

Artikel Berkaitan

Back to top button