Perkara tersebut dimaklumkan melalui kenyataan media hari ini
PKPB Di Seluruh Sarawak Bermula 15 Februari, Rentas Zon Tiada Dibenarkan. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini memaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Sarawak bermula 12.01 pagi 15 Februari 2021 sehingga 11.59 Malam,1 Mac 2021.

Walau bagaimanapun pergerakan antara zon masih tidak dibenarkan, dan individu yang mahu merentas zon dikehendaki untuk mendapatkan permit polis.
Bagi aktiviti ekonomi di kawasan zon merah pula, Pasar Harian, Pasar Borong, Pasar Tani, Pasar Malam dan Bazar Larut Malam masih tidak dibenarkan beroperasi.
Sementara itu, hari ini Sarawak mencatatkan 152 kes positif COVID19 dan menjadikan kes kesuluran di Sarawak kini meningkat kepada 6425 kes. Sibu mencatatkan 45 kes iaitu jumlah tertinggi dicatatkan di antara daerah daerah di Sarawak.
Taburan kes positif COVID 19 yang dikesan di Sarawak hari ini adalah seperti berikut :
Sibu (45),
Subis (33),
Kapit (23),
Julau (11),
Song (10),
Bintulu (8),
Miri (8),
Beluru (4),
Kuching (3),
Dalat (2),
Samarahan (2),
Bau (1),
Belaga (1)
dan Meradong (1)
16 kluster juga masih aktif di seluruh Sarawak. Kluster Pasai masih menjadi penyumbang terbesar dengan 74 kes hari ini.