fbpx
Cerita Borneo

PKPB Sudah Diwartakan, Menteri Kata Semua Negeri Perlu Ikut

Jika Telah Diwartakan, Maka Peraturan Sebelum Ini Terus Terbatal.

PKPB Sudah Diwartakan, Menteri Kata Semua Negeri Perlu Ikut. Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sudah pun diwartakan. Ini sekaligus menyebabkan semua peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini terbatal secara automatik.

Oleh yang demikian, semua pihak sama ada di peringkat negeri mahu pun daerah di seluruh negara adalah tertakluk kepada prosedur operasi pencegahan standard (SOP) yang ditetapkan seperti yang diwarta mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

PKPB Sudah Diwartakan, Menteri Kata Semua Negeri Perlu Ikut
PKPB Sudah Diwartakan, Menteri Kata Semua Negeri Perlu Ikut
Kredit : BERNAMA

Tambahnya lagi, apabila PKPB ini telah diwartakan, maka secara automatik peraturan yang termaktub di bawah PKP Fasa 4 terbatal kerana pewartaan tersebut turut menyatakan tarikh bermula dan berakhirnya peraturan.

Tidak Patuh PKPB Adalah Salah Di Sisi Undang-Undang

Disebabkan PKP 4 telah terbatal susulan pewartaan PKP 5 iaitu PKPB, maka semua pihak harus mematuhi pertauran tersebut. Ia adalah salah di sisi undang-undang jika ada pihak yang sengaja tidak mematuhi atau gagal mematuhi perintah tersebut.

PKPB Sudah Diwartakan, Menteri Kata Semua Negeri Perlu Ikut
Kredit : BERNAMA

Tegas Ismail Sabri lagi, masih ramai rakyat yang keliru dan menganggap seolah-olah Akta 342 tidak lagi berkuatkuasa tetapi ia sebenarnya sama sahaja seperti PKP yang dijalankan sebelum ini. Bagi mereka yang ingkar, hukuman tetap akan dikenakan seperti sebelum ini iaitu kompaun RM 1,000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Premis yang gagal mematuhi SOP akan dikenakan tindakan dan diarahkan tutup operasi.

Dalam masa yang sama, pihak penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta pihak lain akan terus memberikan fokus utama semasa PKPB ini iaitu pemantauan serta pengutkuasaan pematuhan SOP dengan lebih ketat.

Rakyat juga diharap lebih berdisiplin dan patuh akan peraturan baru ini. Kita jaga kita.

Baca juga :

Artikel Berkaitan

Back to top button