fbpx
Cerita Borneo

Plasma Darah Diuji Untuk Rawat COVID-19 Di Malaysia, Lelaki Ini Jadi Penderma Pertama

Jika Rawatan Ini Berjaya, Ingatlah Lelaki Ini

Plasma Darah Diuji Untuk Rawat COVID-19 Di Malaysia, Lelaki Ini Jadi Penderma Pertama. Dengan jumlah pertambahan kes yang semakin membimbangkan saban hari, pasukan penyelidik kini bertungkus lumus untuk menghasilkan penawar yang mampu melawan virus COVID-19 ini seterusny mengubati beribu-ribu pesakit yang masih menderita akibat jangkitan ini.

Di Malaysia pula, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dikatakan sedang menguji keberkesanan plasma serum bekas pesakit COVID-19 untuk dijadikan serum merawat COVID-19. Dalam usaha awal ini, lelaki ini telah dikatakan telah dihubungi oleh pihak KKM sebagai penderma pertama yang terpilih setelah sembuh dari virus tersebut.

Bekas Pesakit COVID-19 (Kes ke-46)

Lelaki yang bernama Reza Zuhairi Zayn ini telah berkongsi pengalamannya menderma plasma darah untuk tujuan ujikaji penawar COVID-19. Sekiranya ujikaji tersebut berjaya, ia akan dijadikan sebagai serum untuk merawat pesakit COVID-19.

Untuk pengetahuan anda, lelaki ini merupakan bekas pesakit COVID-19 iaitu kes ke-46 yang telah sembuh dan discaj dari hospital.

Berikut merupakan perkongsian beliau di laman sosial Facebook.

Plasma Darah Diuji Untuk Rawat COVID-19 Di Malaysia, Lelaki Ini Jadi Penderma Pertama

Dikunci 24 Jam Selama 11 Hari Di Wad Isolasi

Menurut lelaki ini, beliau dimasukkan ke wad setelah disahkan positif COVID-19 dan merupakan pesakit gelombang kedua virus tersebut di Malaysia. Beliau berada di wad isolasi dan dikunci 24 jam selama 11 hari. Selama tempoh tersebut, ia sedikit sebanyak membuatkannya berasa tertekan namun beliau sering mengingatkan diri agar bersangka baik terhadap aturan Allah SWT.

Plasma Darah Diuji Untuk Rawat COVID-19 Di Malaysia, Lelaki Ini Jadi Penderma Pertama

Dalam masa yang sama, beliau meneruskan kerja pejabat dan bekerja dari wad tersebut. Jelasnya lagi, semasa menghidap COVID-19, badannya sesekali terasa letih namun beliau tidak mempunyai simptom yang teruk. Beliau telah discaj dari Hospital Sungai Buloh setelah disahkan negatif sebanyak 2 kali.

Plasma Darah Diuji Untuk Rawat COVID-19 Di Malaysia, Lelaki Ini Jadi Penderma Pertama
Plasma Darah Diuji Untuk Rawat COVID-19 Di Malaysia, Lelaki Ini Jadi Penderma Pertama

Terpilih Jadi Penderma Pertama Kerana Antibodi Kuat, Tidak Ambil Ubat-Ubatan Jangka Panjang

Setelah 2 minggu discaj dan rawatan susulan di hospital, beliau telah dipanggil semula oleh pihak hospital untuk membantu menderma plasma darah untuk tujuan ujikaji rawatan COVID-19. Sekiranya ujikaji tersebut berjaya, plasma darah tersebut akan dijadikan serum penawar. Walau bagaimanapun, menurut lelaki ini, sekali pendermaan plasma darah individu hanya mampu digunakan untuk beberapa orang pesakit sahaja.

Plasma Darah Diuji Untuk Rawat COVID-19 Di Malaysia, Lelaki Ini Jadi Penderma Pertama
Plasma Darah Diuji Untuk Rawat COVID-19 Di Malaysia, Lelaki Ini Jadi Penderma Pertama

Tambah lelaki ini, beliau terpilih untuk menderma kerana doktor mendapati bahawa antibodi badannya bekerja dengan cemerlang melawan virus COVID-19. Bukan itu sahaja, beliau tidak mempunyai sebarang penyakit kronik yang memerlukan pengambilan ubat untuk jangka masa yang lama. Oleh sebab itu, beliau merupakan calon yang sesuai untuk menjadi penderma pertama.

Kajian Dari China Buktikan Plasma Darah Bekas Pesakit COVID-19 Berpotensi Rawat COVID-19

Menurut sebuah laman web kesihatan, Transfusion News, plasma pemulihan (covalescent plasma) diambil dari badan bekas pesakit COVID-19 dan dipercayai mempunyai tahap antibodi yang kuat melawan virus SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19.

Dua laporan kajian dari China yang diterbitkan pada minggu lalu juga turut menyatakan bahawa rawatan plasma darah bekas pesakit berpotensi merawat COVID-19. Berdasarkan sebuah kajian kes yang diterbitkan di JAMA, 5 pesakit kritikal yang berusia lingkungan 36 hingga 65 tahun dengan sindrom respiratori akut menunjukkan perubahan positif selepas seminggu melakukan tranfusi plasma.

Walau bagaimanapun, ujian ini masih menerima rawatan antiviral bersama ubat-ubatan yang lain. Setakat ini, masih tiada kesan sampingan penggunaan plasma darah sebagai rawatan COVID-19 namun ujikaji yang lebih lanjut harus dilakukan untuk menguji keberkesanan rawatan plasma darah ini.

Di akhir postingan, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga kerja KKM atas usaha mereka merawat dirinya serta pesakit COVID-19 yang lain di Hospital Sungai Buloh. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pusat Darah Negara atas layanan baik yang diberikan sepanjang tempoh menderma.

Pesan lelaki ini, sentiasa berada di rumah dan amalkan penjarakkan sosial. Jangan lupa membasuh tangan selalu dan gunakan hand sanitizer apabila keluar rumah sahaja.

Semoga rawatan ini berjaya. Amin.

Saintis Australia juga dikatakan telah menjumpai penawar untuk COVID-19. Baca selanjutnya di sini : Saintis Australia Jumpa Penawar Yang Boleh Membunuh Virus COVID-19 Dalam Masa 48 Jam

Artikel Berkaitan

Back to top button