fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

PM Muhyiddin Umumkan Dana Tambahan RM35 Billion Untuk Jana Semula Ekonomi Negara

iloveborneo Oleh iloveborneo
5 Jun 2020
PM Muhyiddin Umumkan Dana Tambahan RM35 Billion Untuk Jana Semula Ekonomi Negara
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Beliau memaklumkan perkara tersebut pada sidang media khas sebentar tadi

PM Muhyiddin Umumkan Dana Tambahan RM35 Billion Untuk Jana Semula Ekonomi Negara. Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi memperkenalkan satu pakej yang dinamakan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (#PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion.

PM Muhyiddin Umumkan Dana Tambahan RM35 Billion Untuk Jana Semula Ekonomi Negara
PM Muhyiddin Umumkan Dana Tambahan RM35 Billion Untuk Jana Semula Ekonomi Negara

40 inisiatif yang bernilai tersebut terdiri daripada RM10 billion yang disuntik secara fiskal oleh Kerajaan Malaysia.

ADVERTISEMENT

RM 9 billion diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia yang dijangka memberi manfaat kepada 3 juta pekerja bagi menangani pengangguran. Subsidi gaji yang diperkenalkan sebelum ini juga akan dilanjutkan lagi selama 3 bulan.

Berita baik untuk pekerja ekonomi gig

Kerajaan juga memperuntukkan dana sebanyak RM75 juta bagi membantu mereka yang bekerja di dalam kategori ‘ekonomi gig’. Geran sebanyak RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan untuk platform gig ekonomi bagi pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

Dalam usaha menggalakkan bidang freelancing MDeC akan diberi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW)

Kerajaan juga memperkenal insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan belia. Elaun khas akan disediakan untuk majikan yang menggajikan penganggur.

ADVERTISEMENT

300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha.

Internet percuma sehingga 31 Disember 2020

Selain itu Internet 1GB percuma untuk semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember.

Kerajaan juga akan bantu setiap peniaga melalui beberapa langkah

Antaranya adalah skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan. Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS. Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarikat

Secara keseluruhannya, 40 insentif ini diharap akan dapat membantu Malaysia untuk mengharungi fasa ‘recovery’ untuk bangkit kembali.

Baca juga artikel lain :

Share1805Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy