fbpx
Cerita Borneo

Polis India Benar-Benar Bawa ‘Pesakit’ COVID-19 Semasa Sekatan Jalan Raya

Sebagai Pengajaran Untuk Yang Ingkar.

Polis India Benar-Benar Bawa ‘Pesakit’ COVID-19 Semasa Sekatan Jalan Raya. Penguatkuasaan perintah berkurung memerlukan kerjasama yang padu antara pihak berkuasa dan orang awam. Jika hanya satu pihak sahaja yang beria untuk menjayakannya, sudah pasti pandemik ini akan semakin menular hingga tidak dapat dibendung.

Setiap kali melihat kes mereka yang ingkar perintah berkurung atau PKP, ada segelintir yang pastinya begitu geram dengan sikap sombong tersebut dan melontarkan komen agar membawa pesakit ke tengah jalan raya agar mereka yang ingkar ini serik. Nampaknya, langkah tersebut diambil serius oleh pihak polis di India.

Polis India Benar-Benar Bawa 'Pesakit' COVID-19 Semasa Sekatan Jalan Raya

Pesalah Ditahan Dan Dimasukkan Ke Dalam Ambulans Bersama ‘Pesakit’

Menerusi sebuah video yang tular di laman Twitter, pasukan polis yang sedang melakukan sekatan jalan raya di India dilihat benar-benar membawa individu yang dipakaikan pakaian pesakit menggunakan ambulans sebagai pengajaran kepada individu yang ingkar.

Video tersebut sehingga kini telah mendapat 13.7K retweet dan 7.1K tanda sukaan.

Haritu aku ada terbaca komen lebih kurang camni, “mohon kerajaan lepaskan pesakit covid berkeliaran di jalan raya..” Well India made it reality. Polis India memang barbar.

F.M.S Obey da Order

Ia memaparkan sekumpulan lelaki yang menunggang motosikal ditahan oleh polis India akibat melanggar perintah berkurung. Tidak lama selepas itu, sebagai hukuman, mereka dimasukkan ke dalam sebuah van ambulans bersama seorang lelaki yang berbaring dan kelihatan seperti pesakit pandemik itu. Sebaik sahaja mereka melihat kelibat lelaki berpakaian pesakit itu, kesemua mereka seperti cacing kepanasan dan terdesak mencari jalan keluar dari van tersebut.

Polis India Benar-Benar Bawa 'Pesakit' COVID-19 Semasa Sekatan Jalan Raya
Polis India Benar-Benar Bawa 'Pesakit' COVID-19 Semasa Sekatan Jalan Raya
Polis India Benar-Benar Bawa ‘Pesakit’ COVID-19 Semasa Sekatan Jalan Raya

Meninjau respon dari netizen pula, ada juga yang mencadangkan agar kerajaan Malaysia melaksanakan kaedah sedemikian. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku di negara ini.

Polis India Benar-Benar Bawa 'Pesakit' COVID-19 Semasa Sekatan Jalan Raya

Agak-agaknya kalau dilakukan di Malaysia, adalah rakyat akan serik untuk melanggar PKP? Atau semakin berani mengingkari PKP kerana menyedari ia hanyalah sebuah taktik untuk sengaja menakut-nakutkan?

Apa-apa pun, polis India memang sangat berani melaksanakan langkah luar biasa seperti ini. Ia sedikit sebanyak memperlihatkan sisi kreatif dan usaha keras pihak berkuasa di negara tersebut membanteras penularan wabak ini. Syabas India!

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close