fbpx
Cerita Borneo

Polis Mula Laksana Sekatan Jalan Raya Di Sekitar Kuching

Ini bagi memastikan rakyat mematuhi kawalan pergerakan

Polis Mula Laksana Sekatan Jalan Raya Di Sekitar Kuching. Pihak Polis Diraja Malaysia mula melakukan sekatan jalan raya di sekitar Bandaraya Kuching hari ini bagi memastikan rakyat mematuhi perintah kawalan pergerakan yang dilakukan untuk mengekang penyebaran COVID19.

Antara sekatan jalan raya yang dilakukan adalah berdekatan dengan Bangunan Mahkamah Lama Kuching yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg. Pihak polis turut bertanyakan beberapa soalan dan menasihati mereka yang tidak mempunyai apa apa urusan penting untuk hanya tinggal di rumah.

Mereka juga turut diingatkan untuk menggunakan topeng muka sekiranya mempunyai topeng tersebut.

Polis mengadakan sekatan jalan bagi memastikan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan di Kuching.

Posted by Utusan Borneo Online on Wednesday, March 18, 2020

Artikel Berkaitan

Back to top button