fbpx
Cerita Borneo

Polis Siasat Netizen Keluarkan Gambar Karikatur Hina Ketua Menteri Sarawak

Menyatakan Pendapat Tidak Semestinya Boleh Menghina Orang Lain

Polis Siasat Netizen Keluarkan Gambar Karikatur Hina Ketua Menteri Sarawak. Setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak pada 25 Februari (semalam) membuat laporan polis terhadap seorang pengguna laman Facebook selepas individu tersebut memuatnaik karikatur dalam bentuk meme yang menghina Ketua Menteri Sarawak. Individu yang menggunakan nama Endra Clarke tersebut telah memuatnaik gambar meme dengan caption ‘ Siapa pulak main2 pintu belakang ni?? Ohh begitu rupanya… ‘

Polis Siasat Netizen Keluarkan Gambar Karikatur Hina Ketua Menteri Sarawak
Polis Siasat Netizen Keluarkan Gambar Karikatur Hina Ketua Menteri Sarawak

Polis sudah membuka kertas siasatan

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Borneo Post (Klik Untuk Baca), pihak polis sudah membuka kertas siasatan terhadap laporan tersebut. Laporan tersebut juga dimajukan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia ( SKMM) untuk tindakan seterusnya. Gambar yang dimuatnaik oleh individu itu setakat ini mendapat lebih dari 90 sukaan dan lebih dari 100 komen, sebahagian daripada komen tersebut menyelar perbuatan individu tersebut yang memuat naik gambar yang menghina orang lain.

Polis Siasat Netizen Keluarkan Gambar Karikatur Hina Ketua Menteri Sarawak
Polis Siasat Netizen Keluarkan Gambar Karikatur Hina Ketua Menteri Sarawak

Tolak Politik Mencaci Dan Menghina

Rasanya, dah tahun 2020 ni mungkin sudah tidak perlu lagi politik mencaci dan juga menghina. Begitu juga dengan menyebarkan meme atau apa apa karikatur yang tidak menggambarkan keadaan sebenarnya. Berpolitiklah secara berhemah dan matang kerana negara yang maju adalah bangsa yang dapat menerima perbezaan dan terus fokus pada isu yang memajukan negara.

Baca Lagi Berita Semasa Mengenai Sarawak :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close