fbpx
Cerita Borneo#innovatesarawak

Program Digital Pre-Accelerator TEGAS Bakal Dilancarkan Buat Julung Kalinya Tahun Ini

Adakah Anda Baru Menubuhkan Syarikat Pemula? Inilah Peluang Anda!

Program Digital Pre-Accelerator TEGAS Bakal Dilancarkan Buat Julung Kalinya Tahun Ini. Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS) kembali lagi tahun ini dengan program TEGAS Digital Pre-Accelerator (TDPA). Buat julung kalinya, program tahunan TEGAS pada tahun ini akan dilaksanakan sepenuhnya secara atas talian.

Sekaligus, ia merupakan berita baik buat individu yang ingin memulakan syarikat pemula atau baru menubuhkan syarikat pemula kerana permohonan kini telah dibuka. Program atas talian TDPA pada tahun ini berlangsung selama seminggu bermula 13 Julai hingga 18 Julai 2020.

Program Digital Pre-Accelerator TEGAS Bakal Dilancarkan Buat Julung Kalinya Tahun Ini
Program Digital Pre-Accelerator TEGAS Bakal Dilancarkan Buat Julung Kalinya Tahun Ini

Untuk edisi kali ini, TEGAS akan bekerjasama dengan rakan strategik seperti WatchTower&Friends, pitchIN dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) untuk menjayakan program tahunan ini.

Program Satu Minggu TDPA Asah Idea Syarikat Pemula

TDPA ialah program satu minggu yang dirangka khas untuk membimbing syarikat pemula peringkat awal untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Anda akan dibimbing seawal proses pengesahan idea sehinggalah penghasilan sebuah minimum viable product (MVP) seterusnya strategi ke-pasaran.

Program Digital Pre-Accelerator TEGAS Bakal Dilancarkan Buat Julung Kalinya Tahun Ini

Sesi pengajaran pula akan disampaikan oleh pakar industri dan usahawan berpengalaman yang merangkumi topik seperti cara untuk memulakan bisnes, pembangunan produk dan pasukan, pemasaran, pengumpulan dana, dan pembentangan.

Bukan itu sahaja, program tersebut juga akan mempersiapkan para peserta untuk ‘Digital Demo Day’ bagi memilih 3 peserta terbaik. Malah, ketiga-tiga peserta yang terpilih ini juga berpeluang untuk membentangkan idea mereka kepada pelabur pemula serta mendapatkan laluan mudah untuk menyertai TEGAS Startup Lab Accelerator dan Sarawak Shell LiveWIRE.

Pemenang ‘Digital Demo Day’ juga akan menerima pakej menarik seperti sokongan pendaftaran syarikat daripada TEGAS dan akses selama 3 bulan di Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH).

Boleh tahan lumayan kan?

Program Digital Pre-Accelerator TEGAS Bakal Dilancarkan Buat Julung Kalinya Tahun Ini

“Platform Tepat Untuk Mengembangkan Syarikat Pemula,” – Gabriela Riyis, Pemenang TEGAS Pre-Accelerator 2019

Menurut pemenang TEGAS Pre-Accelerator 2019, Gabriela Riyis yang juga merupakan pengasas Hello Gabby, program ini merupakan platform yang hadir tepat pada masanya untuk beliau mengembangkan syarikat pemulanya.

Ujarnya, para peserta berjaya membina jaringan dengan mentor yang hebat serta berpeluang untuk membentangkan idea kepada kumpulan pelabur dalam masa seminggu sahaja. Wow!

Malah, program tersebut juga telah membantu beliau mengenal pasti hala tuju syarikat pemulanya dan menghasilkan strategi ke-pasaran.

Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS Kini Tawarkan Pas Co-Working Secara Percuma Selama 3 Bulan

Pengerusi TEGAS, Datu Haji Len Talif Salleh yang merangkap Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah & Alam Sekitar, juga menjelaskan bahawa kerajaan Sarawak melalui Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS (DIH) kini menawarkan pas co-working 3 bulan secara percuma.

Ia merupakan usaha untuk membantu syarikat pemula dan perusahaan sosial Sarawak yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Bahkan, pihaknya juga turut menawarkan sokongan untuk usahawan secara berkala melalui sesi webinar percuma, program pembangunan berkapasiti atas talian, dan pecutan digital.

Hub Inovasi Tegas SMA-TEGAS (DIH) juga berperanan sebagai platform inklusif untuk menyokong dan memperkasakan syarikat pemula peringkat awal dan perusahaan sosial di Sarawak.

Dengan pembiayaan daripada SMA dan diuruskan oleh TEGAS, DIH menawarkan akses kepada ruang co-working yang mampu milik, inkubasi serta program pecutan dan akses kepada jaringan Perkampungan Ekosistem Digital Sarawak (Sarawak Digital Village Ecosystem).

Kerajaan Sarawak Akan Menubuhkan Sebuah Pusat Inovasi Di Setiap Bahagian

Di bawah Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2025 (Inovasi Digital & Keusahawanan : Tindakan 37), kerajaan Sarawak menerusi SMA akan menubuhkan sebuah pusat inovasi di setiap bahagian dan memudahkan kerjasama dengan sektor swasta, institusi pengajian tinggi dan komuniti.

Mohon TDPA Sekarang!

Permohonan TDPA terbuka kepada semua warga Sarawak (syarikat pemula peringkat awal) atau syarikat pemula yang memiliki sekurang-kurangnya seorang pengasas bersama warga Sarawak.

Itu sahaja!

Untuk memohon, klik pautan ini :

http://bit.ly/TDPASWK

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang program yang dianjurkan oleh Hub Inovasi Digital SMA-TEGAS, layari laman sesawang dan sosial media mereka di pautan berikut :

Laman sesawang : https://www.innovatesarawak.com/

Facebook : SMA-TEGAS Digital Innovation Hub

Instagram : @tegasdigital

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close