fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Promosi Drama Dayang Senandung Rendahkan Individu Berkulit Hitam, Tidak Sensitif Dengan Isu Semasa

Kedung BK Oleh Kedung BK
19 Jun 2020
Promosi Drama Dayang Senandung Rendahkan Individu Berkulit Hitam, Tidak Sensitif Dengan Isu Semasa
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Cerita Rakyat Yang Kini Dianggap Tidak Sensitif

Promosi Drama Dayang Senandung Rendahkan Individu Berkulit Hitam, Tidak Sensitif Dengan Isu Semasa. Baru-baru ini, nama ‘Dayang Senandung’ tular dalam media sosial apabila seorang penyanyi-dan-pelakon Malaysia dikecam kerana membuat satu video menunjukkan beliau menari sambil menunjukkan muka yang dicat hitam dengan sengaja.

Difahamkan, penampilan tersebut merupakan penampilan watak utama untuk sebuah drama bernama ‘Dayang Senandung’, iaitu pembuatan semula filem Melayu versi 1965. Yang lebih menjelikkan netizen adalah aksi tersebut merupakan salah satu promosi untuk drama terbabit.

ADVERTISEMENT
Promosi Drama Dayang Senandung Rendahkan Individu Berkulit Hitam, Tidak Sensitif Dengan Isu Semasa

Walaupun ‘Dayang Senandung’ merupakan salah satu cerita rakyat di Malaysia, kebanyakan warga Malaysia bersetuju bahawa cerita itu tidak sensitif terhadap iklim sosial semasa yang berlaku di dunia seperti sekarang. Untuk pengetahuan anda, pemakaian ‘muka hitam adalah penghinaan terhadap orang berkulit hitam. Hal ini kerana ia terikat kepada sejarah gelap orang berkulit hitam yang ditindas dan dihina oleh orang putih sejak abad ke-19.

Berikut adalah cerita ringkas tentang Dayang Senandung, bagaimana ia terikat kepada sensitiviti tentang pemakaian ‘muka hitam’ dan untuk mengetahui dengan jelas mengapa pemakaian ‘muka hitam’ isu yang sensitif dan tidak diterima oleh masyarakat moden di negara barat.

ArtikelBerkaitan

Kalimantan Selatan Turut Dilanda Banjir Teruk, Lelaki Ini Dedah Peta Pulau Borneo Yang Semakin Gondol

TERKINI : Sarawak Catat 2 Kematian Akibat COVID-19 Hari Ini, 100 Kes Positif Baharu

Dayang Senandung Merupakan Sebuah Kisah Tentang Seorang Puteri Yang Disumpah Kulit Hitam

Cerita rakyat ini terkenal di kalangan rakyat Malaysia, terutamanya dalam masyarakat Melayu. Dalam kisah ini, ia mengisahkan tentang seorang puteri raja yang disumpah ketika dilahirkan. Sumpahan itu hanya boleh dihapuskan dengan syarat puteri raja itu tidak tinggal di Istana. Apabila telah dewasa, Dayang Senandung menjadi seorang gais yang bersuara merdu dan pandai mengaji.

ADVERTISEMENT
Dayang Senandung digambarkan seorang gadis yang berkulit hitam, akibat disumpah ketika dilahirkan. Kredit: KWIKnews

Raja Kamaruzaman pula merupakan raja Negeri Cahaya Nila yang singgah ke Pulau Senandung untuk menambah bekalan. Apabila terdengar suara Dayang Senandung mengaji, baginda mencari arah datangnya suara itu. Baginda akhirnya dapat menemui gadis dan mengetahui gadis itu adalah anak kadi dan tanpa melihat wajah Dayang Senandung terlebih dahulu, baginda bersetuju untuk bernikah.

Dayang senandung (1965)
Kredit: IMDb

Ketika Dayang Senandung muncul, Raja Kamaruzaman terkejut apabila melihat isteri yang dinikahnya berkulit hitam tetapi baginda menerima segala kekurangan isterinya.

ADVERTISEMENT

Dayang Senandung kemudian dibawa ke istana tetapi menjadi mangsa buli mak mertuanya yang bencikan dia. Apabila suaminya keluar ke negeri lain untuk urusan kerja, Dayang Senandung didera oleh mak mertuanya dan disuruh buat semua kerja orang gaji walaupun tengah mengandung. Pada suatu hari ketika suaminya tiada, mak mertua mengarahkan orang istana untuk membuang menantunya di hutan dan arahkan dia dibunuh. Oleh kerana tidak sanggup membuat demikian, pengawal istana tidak membunuh Dayang Senandung, disebaliknya membunuh seekor monyet dan mengambil darahnya sebagai bukti pembunuhan telah dilakukan.

Sumpahan Dayang Senandung hapus apabila dia melahirkan bayinya dalam hutan dan kemudian tinggal di dalam hutan itu bersama anaknya. Pada suatu hari, beliau ditemui oleh Raja Iskandar, iaitu adik kandungnya. Marah dengan situasi kakaknya yang dibiarkan sebegitu, Raja Iskandar melancarkan perang terhadap ibu mertua Dayang Senandung dan akhirnya menyelamatkan suami Dayang Senandung yang ditawan Raja Shamsir.

Sejarah Ringkas Mengenai Pemakaian ‘Muka Hitam’ Di Negara Barat

Perwakilan negatif orang bukan berkulit putih bermula pada pertengahan abad ke-19. Pelakon berkulit putih yang tampil dalam pertunjukan minstrel akan menggelapkan kulit mereka dengan cat dan gabus untuk kelihatan stereotaip ‘hitam.’

A History of Blackface - Mistakes Were Made
Pemakaian ‘muka hitam’ dianggap kontroversal, akibat sejarah gelapnya. Kredit: Mistakes Were Made

Pertunjukan itu bertujuan untuk menjadi bahan lucu bagi penonton kulit putih, tetapi aksi ini menyakitkan dan merendahkan orang berkulit hitam kerana mereka memperkuatkan pandangan orang berkulit putih mengenai ‘keunggulan.’

Menurut Muzium Sejarah dan Kebudayaan Amerika Afrika Smithsonian mengenai ini,

“Dengan memutarbelitkan ciri dan budaya orang berkulit hitam – termasuk penampilan, bahasa, tarian, pengusiran dan watak mereka – orang berkulit putih Amerika dapat mengkodifikasikan keputihan di selurus garis kelas dan geopolitik sebagai antitesisnya.”

Watak-watak itu begitu meluas sehingga bahkan beberapa pelakon berkulit hitam mengenakan ‘muka hitam’ kerana itulah satu-satunya cara mereka dapat bekerja. Penonton berkulit putih pula tidak mahu menyaksikan pelakon berkulit hitam melakukan apa-apa kecuali kelihatan bodoh di atas pentas.

Gosden and Correll | American comedic duo | Britannica
Pelakon berkulit putih akan catkan muka mereka dengan warna hitam dan bertujuan untuk menghasilkan penampilan orang berkulit hitam. Kredit: Britannica

Niat Yang Lain, Tetapi Dianggap Tidak Sensitif Untuk Zaman Ini

Jika dilihat dari sudut lain, ketika Dayang Senandung direka, ia tidak bertujuan untuk mengikatkan kedua-dua kisah ini – nilai moral yang ingin disampaikan dalam Dayang Senandung adalah untuk melihat kebaikan seseorang tanpa melihat wajah mereka (inner beauty) tetapi aksi mengecat muka berwarna hitam sudah lama terikat kepada pemakaian muka hitam yang sengaja dibuat untuk memperbodohkan orang berkulit hitam.

Mengenai drama terbaharu mengisahkan tentang Dayang Senandung, promosi yang menunjukkan tindakan pelakon terbabit untuk menari kepada muzik yang dikaitkan dengan orang berkulit hitam dianggap tidak sensitif dan “menunjukkan segelintir rakyat yang tidak peka dengan isu semasa.” (Difahamkan tindakan pelakon itu umpama mempersamakan gaya seperti orang berkulit hitam menari kepada lagu ‘rap’/’hip-hop’)

Walaupun budaya Barat dan Timur mempunyai pembezaan pengaruh dan sejarah, menjelang abad ke-21, semua masyarakat harus sensitif dengan sejarah masing-masing. Seperti orang Barat menyedari tindakan mereka terhadap orang Timur beberapa abad yang lalu, masyarakat Timur juga harus menunjukkan rasa empati kepada mereka yang didiskriminasi, dari dahulu malah hingga ke sekarang. Don’t repeat the mistakes in history.

Lebih lagi disini:

Share340Tweet53SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy