fbpx
Cerita Borneo

Rakyat Malaysia Masih Tidak Dibenarkan Pulang Dari Singapura Buat Masa Ini

Kerajaan Singapura dan Malaysia bakal berbincang mengenai nasib rakyat Malaysia yang masih tersekat di Singapura

Rakyat Malaysia Masih Tidak Dibenarkan Pulang Dari Singapura Buat Masa Ini. Malaysia dan Singapura akan membincangkan terma baru bagi pemulangan warganegara Malaysia dari Singapura ke negara asal mereka, yang akan diumumkan seawal-awalnya hari ini (7 April 2020)

Rakyat Malaysia Masih Tidak Dibenarkan Pulang Dari Singapura Buat Masa Ini

Sehingga perubahan itu dimuktamadkan, mereka tidak akan dibenarkan kembali ke Malaysia

Menurut Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai isu ini, perjanjian sedia ada antara dua negara terbabit memerlukan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura dan mahu kembali ke negara asal mesti diuji untuk Covid-19 di republik itu.

“Pihak berkuasa Singapura perlu mengeluarkan surat untuk mengesahkan seseorang individu adalah bebas daripada Covid-19. Selagi pihak berkuasa Singapura tidak mengeluarkan surat (sebagai pengesahan), mereka tidak boleh kembali ke Malaysia.” katanya semalam.

Walau bagaimanapun, beliau berkata terdapat beberapa perubahan kepada syarat-syarat dan pihak berkuasa untuk kedua-dua negara sedang mengusahakan syarat baharu.

“Saya percaya bahawa Kementerian Luar Negeri akan memaklumkan kepada kami pada mesyuarat esok (7 April 2020) mengenai syarat-syarat baru yang dipersetujui oleh Malaysia dan Singapura.” tambah beliau lagi semalam.

Terdapat sekurang-kurangnya 45,000 rakyat Malaysia yang kini bekerja di Singapura yang ingin pulang ke Tanah Air berikutan keputusan republik itu untuk mengenakan langkah yang lebih ketat untuk membendungkan wabak Covid-19 di sana.

Keputusan dari perbincangan syarat-syarat baharu antara dua negara terbabit akan diumumkan seawal-awalnya hari ini (7 April 2020).

Artikel Berkaitan

Back to top button