fbpx
Cerita Borneo

Rakyat Sarawak Wajib Kuarantin Diri Selepas Balik Daripada Singapura

Rakyat Sarawak Wajib Kuarantin Diri Selepas Balik Daripada Singapura. Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah menyatakan langkah terbaharu ini diambil oleh kerajaan negeri untuk mengekang penularan Novel Koronavirus (2019-nCoV) di Sarawak.

Buat setakat ini, ia belum diketahui jika penguatkuasaan ini hanya dikuatkuasakan exclusively untuk rakyat Sarawak atau juga termasuk mana-mana individu/pelancong yang masuk ke dalam Sarawak daripada Singapura.

Rakyat Sarawak Wajib Kuarantin Diri Selepas Balik Daripada Singapura, kata Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Amaran Peringkat Jingga

Berikutan amaran peringkat Jingga (iaitu peringkat kedua tertinggi) penularan koronavirus di Singapura oleh Sistem Tindak Balas Perebakan Penyakit (DORSCON) Singapura, Unggah, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), telah membuatkan keputusan ini dalam usaha untuk membendung penyakit tersebut.

Situasi koronavirus di Singapura kini dikatakan teruk dan mudah tersebar daripada manusia kepada manusia tetapi penyakit berkenaan belum tersebar luas di Singapura dan sedang dibendung, menurut DORSCON.

Beliau berkata,

“Mangsa terdiri daripada mereka yang pergi ke gereja, merebak kepada pemandu-pemandu teksi, pemandu swasta disewa, pemandu pelancong dan guru. Mereka tidak pernah ke China tetapi dijangkiti (Novel Koronavirus) di tempat-tempat ini…Setakat semalam (Ahad) 43 kes positif Novel Koronavirus di Singapura.”

Peringkat dalam DORSCON. Singapura kini menklasifikasikan koronavirus Wuhan dalam peringkat JINGGA. Kredit: gov.sg

Kebimbangan Sarawak dengan insiden koronavirus tercetus apabila penyakit tersebut berlaku secara berkelompok di Singapura yang ketika ini terjadi di dalam sebuah gereja, sebuah kedai produk perubatan dan sebuah hotel di negara itu selepas berlangsungnya persidangan antarabangsa, kata beliau lagi.

Uggah berkata JPBN akan melibatkan badan-badan perwakilan pelbagai gereja, kuil dan masji, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), persatuan teksi, persatuan hotel, persatuan bas jarak jauh dan pihak terbabit dalam usaha memerangi penyakit maut itu khusunya mengelak ia merebak. Beliau kata,

“Kita (Sarawak) masih bebas daripada Novel Koronavirus. Saya merayu kepada anda semua memberi sokongan dan kerjasama sepenuhnya.”

Status Koronavirus di Dalam Sarawak

Mengenai perkembangan Koronavirus di negeri ini, Uggah berkata dari 10 Januari 2020 hingga 9 Februari 2010, 60 kes pesakit di bawah pemantauan (PUI).

“Kita ada 43 kes negatif dan 17 lagi masih menunggu keputusan ujian makmal. 15 daripada 43 kes ini melibatkan warganegara Malaysia direkodkan di Hospital Umum Sarawak (HUS), lapan di Hospital Sibu, tujuh di (Hospital) Miri dan empat di (Hospital) Bintulu. Bagi warga China yang disyaki dijangki, empat direkodkan di HUS, dua masing-masing di Hospital Sibu dan Bintulu. Seorang lagi warganegara Thailand direkodkan di HUS,” jelasnya.

Sehubungan itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian yang hadir sama pada mesyuarat itu telah menggesa kepada rakyat Sarawak untuk bekerjasama menentang kemungkinan perebakan penyakit tersebut.

Kredit: Bernama

Artikel Berkaitan

Back to top button