fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Rakyat Sarawak Yang Pulang Tidak Perlu Bayar Kos Kuarantin Hotel

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
20 Mei 2020
Rakyat Sarawak Yang Pulang Tidak Perlu Bayar Kos Kuarantin Hotel
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Perkara Tersebut Diumumkan Oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak

Rakyat Sarawak Yang Pulang Tidak Perlu Bayar Kos Kuarantin Hotel. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini memutuskan untuk tidak mengenakan kos kuarantin ke atas rakyat Sarawak yang pulang ke negeri ini. Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika sidang media JPBNS petang tadi.

Menurut nya, kerajaan Sarawak tidak mengikut langkah kerajaan Persekutuan yang mengenakan cas sebanyak 50% kepada individu yang dikuarantinkan di pusat kuarantin hotel.

Dalam kenyataan terbaharu Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri hari ini, warganegara Malaysia yang pulang dari luar negara dan ditempatkan di pusat kuarantin hotel bermula 1 Jun akan dikenakan cas kuarantin sebanyak 50%.

ADVERTISEMENT
Rakyat Sarawak Yang Pulang Tidak Perlu Bayar Kos Kuarantin Hotel

Walau bagaimanapun, warga asing yang ditempatkan di pusat kuarantin di Sarawak akan dikenakan bayaran penuh untuk penginapan serta makan minum sepanjang tempoh kuarantin.

Buat masa ini, kos kuarantin di Sarawak ditanggung sepenuh nya oleh kerajaan Sarawak bersama kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, terdapat usul yang mencadangkan agar para pelajar yang pulang dari institusi pengajian tinggi dikuarantinkan di fasiliti berasrama. Namun, Ketua Menteri Sarawak menyarankan agar mereka perlu diberi kemudahan yang selesa. Maka, para pelajar yang pulang ke Sarawak kini tetap ditempatkan di pusat kuarantin hotel.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Setakat ini, kerajaan Sarawak telah berjaya membawa pulang seramai 8,116 pelajar institusi pengajian tinggi dari Semenanjung, Sabah dan Labuan. Lebih kurang 800 orang pelajar lagi yang masih menanti untuk dibawa pulang.

Rakyat Sarawak Yang Pulang Tidak Perlu Bayar Kos Kuarantin Hotel

Sepanjang pembukaan pusat kuarantin sejak PKP dilaksanakan, seramai 14,566 individu telah selesai menjalani perintah kuarantin mereka.

ADVERTISEMENT

Perjalanan Rentas Daerah Di Sarawak Masih Dilarang

Mengulas pertanyaan tentang perjalanan rentas daerah di Sarawak, Datuk Amar turut menegaskan bahawa perjalanan tersebut masih tidak dibenarkan di Sarawak sepanjang PKPB walau pun ia dibenarkan di Semenanjung. Peraturan ini bukan keputusan daripada kerajaan negeri tetapi sebaliknya ia merupakan peraturan yang telah diwartakan di peringkat persekutuan.

Rakyat Sarawak Yang Pulang Tidak Perlu Bayar Kos Kuarantin Hotel
Rakyat Sarawak Yang Pulang Tidak Perlu Bayar Kos Kuarantin Hotel

Kemudahan bank bergerak juga masih di peringkat perancangan kerajaan negeri. Buat masa ini, daerah Pakan di Sarikei adalah kawasan pertama yang disediakan kemudahan tersebut pada 10 dan 11 Mei yang lalu.

Sementara itu, warganegara Malaysia termasuk rakyat Sarawak yang ingin masuk ke Sarawak buat masa ini perlu mendapatkan permit kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu. Baca selanjutnya di sini :

Selain itu, pelajar Sabah kini menghadapi kesukaran untuk pulang akibat kekurangan pusta kuarantin. Klik artikel penuh :

Share7066Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy