fbpx
Cerita Borneo

Remaja Lari Dari SGH, Polis Di Kuching Yang Menahannya Diarah Jalani Saringan COVID-19

Tindakan yang tidak bertanggungjawab

Remaja Lari Dari SGH, Polis Di Kuching Yang Menahannya Diarah Jalani Saringan COVID-19. Terkini dilaporkan anggota polis dari balai polis Gita Kuching dikehendaki untuk menjalani saringan Covid-19 akibat salah seorang remaja yang diambil dari tepi jalan mengakui melarikan diri dari Hospital Umum Sarawak.

Remaja Lari Dari SGH, Polis Di Kuching Yang Menahannya Diarah Jalani Saringan COVID-19

‘Dikutip’ dari tepi jalan

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani, polis telah mengutip seorang remaja yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Taman Hussein, Petra Jaya sekitar jam 4.25 petang semalam. Beliau berkata pada ketika itu mereka tidak menyedari keadaan kesihatan remaja terbabit sehingga remaja itu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

“Semasa disoal, remaja itu mengakui bahawa dia telah melarikan diri dari SGH dan kemudian ditinggalkan di tepi jalan oleh seorang kawan,” kata beliau.

Remaja itu dirujuk ke SGH pada 9 April dari Pusat Jantung Sarawak kerana mempunyai masalah pernafasan.

“Saya ingin tahu bagaimana dia dapat melarikan diri dari hospital. Kami juga tidak menerima laporan polis pesakit yang hilang,” kata beliau lagi.

Remaja itu kemudiannya dijemput oleh ambulans dari SGH untuk dimasukkan semula ke hospital. Sebagai langkah berjaga-jaga, balai polis Gita juga telah disinfeksi sepenuhnya.

Artikel Berkaitan

Back to top button