fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Resepi ‘Butterbeer’, Minuman Terkenal Dalam Harry Potter – Cun Untuk Berbuka Puasa

Kedung BK Oleh Kedung BK
19 April 2020
Ini Adalah Cara Membuat 'Butterbeer', Minuman Non-Alcohol Terkenal Dalam Harry Potter
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

“A magic beyond all we do here!”

Resepi ‘Butterbeer’, Minuman Terkenal Dalam Harry Potter – Cun Untuk Berbuka Puasa. Beberapa minggu lepas, Dalgona Coffee trending di dalam media sosial, sebuah minuman yang senang dibuat dan mencetuskan pelbagai reaksi dari positif (“Rasa dah cukup layak kerja Starbucks tok haha!“) sehingga ke negatif (“terlalu kuat caffeine nya, alu sikpat tidur kamek!”)

Tapi, terdapat juga orang yang cuba membuat ‘Butterbeer’, iaitu sebuah minuman yang terkenal dalam cerita Harry Potter. Terdapat pelbagai variasi Butterbeer — ada yang mempunyai isi kandungan alkohol yang sikit dan ada yang tidak mempunyai alkohol langsung. Untuk resipi yang akan dijelaskan, Butterbeer variasi ini tidak mempunyai isi kandungan alkohol, jadi ia selamat diminum oleh kanak-kanak juga!

ADVERTISEMENT
Resepi 'Butterbeer', Minuman Terkenal Dalam Harry Potter - Cun Untuk Berbuka Puasa
Resepi ‘Butterbeer’, Minuman Terkenal Dalam Harry Potter – Cun Untuk Berbuka Puasa

Non-alcoholic Butterbeer

Jangan tertipu dengan nama minuman ini! Walaupun ia digelar ‘Butterbeer’, resipi ini tidak memerlukan alkohol. Berikut adalah senarai bahan yang diperlukan untuk membuat minuman ini (kredit kepada Felix Ozyndey)

Untuk membuat sos butterscotch, anda perlukan:

ArtikelBerkaitan

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021

  • Mentega (Gunakan setengah sahaja)
  • Gula perang
  • Esen Vanilla
  • Whipping Cream

Sekiranya ada lebih, anda boleh simpan di dalam peti sejuk dan boleh digunakan sebagai topping nanti.

ADVERTISEMENT

Bagi air butterbeer, anda perlukan:

  • Ice cream soda
  • Ais krim perisa vanilla

Kaedah membuatnya

Sos Butterscotch:

ADVERTISEMENT
  1. Cairkan mentega dalam sebuah pan (setengah block mentega sahaja)
  2. Masukkan gula perang (ikut kehendak kemanisan anda)
  3. Masukkan dua sudu esen vanilla dan whipping cream ke dalam campuran tersebut
  4. Masak sehingga sos mendidih, sos jangan terlalu pekat
  5. Sekiranya sos masih pekat, anda boleh tambah air sedikit atau whipping cream sedikit untuk cairkan lagi sos

Air butterbeer:

  1. Tuangkan dua sudu sos butterscotch ke dalam gelas (ikut rasa anda)
  2. Tuangkan air ice cream soda dan kacaukan air tersebut. Jangan letak terlalu banyak air ice cream soda
  3. Letak ais krim perisa vanilla ke atas permukaan air tersebut dan tuangkan sedikit sos butterscotch atasnya
  4. Sudah siap! Selamat menjamu selera!

Adakah anda seorang peminat Harry Potter?

Sekiranya anda peminat cerita Harry Potter, semestinya anda terdengar atau kenal dengan minuman ini. Boleh lah cuba sekiranya anda bosan tidak ada idea lagi nak buat apa kan? Atau adakah anda pernah minum air minuman ini? Komen pengalaman atau resipi variasi anda dan jangan lupa share!

Resepi 'Butterbeer', Minuman Terkenal Dalam Harry Potter - Cun Untuk Buka Berbuka Puasa
Kredit: Giphy

Nak Resepi Best Best Lagi? Jom Baca Artikel Artikel Lain :

Share1105Tweet126SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy