fbpx
Cerita Borneo

Rompak Rumah Pesakit COVID-19, 5 Perompak Terpaksa Disaring Dan Kuarantin

Ditangkap polis sebelum mengetahui rumah tersebut kepunyaan pesakit Covid-19

Rompak Rumah Pesakit COVID-19, 5 Perompak Terpaksa Disaring Dan Kuarantin. Terkini di Makassar, Indonesia, 5 perompak ditangkap oleh anggota polis 24 jam selepas merompak sebuah rumah dua hari lepas.

Difahamkan rumah terbabit tiada penghuni, namun tanpa pengetahuan mereka, rumah tersebut kosong kerana pemilik rumah berada dalam kuarantin setelah diuji positif untuk Covid-19.

Rompak Rumah Pesakit COVID-19, 5 Perompak Terpaksa Disaring Dan Kuarantin
Rompak Rumah Pesakit COVID-19, 5 Perompak Terpaksa Disaring Dan Kuarantin

Mencuri emas, wang tunai dan juga kemungkinan besar virus tersebut

Menurut Kompas TV, 5 pencuri terbabit memecah masuk ke dalam rumah tersebut dan mencuri 15 gram aksesori emas dan wang tunai sekitar RM6,000.

Dalam masa 24 jam selepas insiden tersebut, mereka ditangkap polis dan turut diletak dalam sel penjara berasingan ketika dalam lock up.

5 perompak diarahkan menjalankan saringan Covid-19 setelah merompak rumah pesakit virus tersebut. Kredit: Riauin

Mereka kemudian dipaksa untuk melakukan saringan Covid-19 di halaman balai polis Panakkukang. Anda boleh lihat laporan lanjut dalam video dibawah.

Walau apa-apa pun keadaan, janganlah berpilih untuk mencuri. You’ll never know what exactly you are walking away with. Kan percuma kalau mereka ni tiba-tiba positif virus tu? Tapi itulah karma and when you do bad things, anda akan dibalas benda setimpal.

Baca Juga Artikel Lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close