fbpx
Cerita Borneo

Rupanya Ini Sebab Harga Tiket Sabah dan Sarawak Lebih Mahal Walaupun Dalam Malaysia

Tambah Ilmu Pengetahuan, Gais!

Rupanya Ini Sebab Harga Tiket Sabah dan Sarawak Lebih Mahal Walaupun Dalam Malaysia
Rupanya Ini Sebab Harga Tiket Sabah dan Sarawak Lebih Mahal Walaupun Dalam Malaysia. Kredit : Airline Ratings

Rupanya Ini Sebab Harga Tiket Sabah dan Sarawak Lebih Mahal Walaupun Dalam Malaysia. Bagi sesiapa yang kerap menggunakan kapal terbang sebagai pengangkutan utama untuk berulang-alik dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak dan sebaliknya, pasti ramai yang selalu mengeluh panjang. Mana tidaknya, harga tiket kebiasaannya tidak padan dengan jumlah wang yang ada dalam simpanan bank mahupun dompet.

Tapi pernah kah anda terfikir mengapa harga tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak lebih mahal walau pun dua negeri ini berada dalam Malaysia? Inilah fakta menarik yang telah kami dapatkan tentang perkara ini.

Harga Tiket Dipengaruhi Ruang Udara Singapura, Pesawat Sebenarnya Masuk Laluan Antarabangsa

Rupanya Ini Sebab Harga Tiket Sabah dan Sarawak Lebih Mahal Walaupun Dalam Malaysia
Flight Information Regions (FIR) Singapura. Ruang udara Malaysia kini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu FIR Kuala Lumpur dan FIR Kota Kinabalu.

Jika anda melihat peta ruang udara Malaysia, sebenarnya terdapat jurang antara Semenanjung dan Sabah Sarawak yang dipisahkan oleh ruang udara negara Singapura. Malah, ruang udara Singapura ini lebih besar daripada ruang udara keseluruhan Malaysia.

Bagi membenarkan penerbangan langsung dari Semenanjung ke Sabah Sarawak dan sebaliknya, kapal terbang perlu melalui ruang udara Singapura. Secara automatik, apabila anda menaiki pesawat, anda sebenarnya melalui ruang udara antarabangsa sebelum sampai ke Semenanjung mahupun Sabah dan Sarawak.

Ruang Udara Ini Hanya Dijaga Oleh Singapura, Bukan Hak Milik Kekal

Rupanya Ini Sebab Harga Tiket Sabah dan Sarawak Lebih Mahal Walaupun Dalam Malaysia
Keadaan di menara kawalan trafik udara. Kredit : Skyguide

Untuk pengetahuan anda, ruang udara tersebut sebenarnya diletakkan di bawah pengurusan negara Singapura sejak tahun 1974. Pengurusan tersebut telah dimeterai melalui Surat Perjanjian Operasi di antara Kuala Lumpur dan Pusat Kawalan Kawasan Singapura Mengenai Ketibaan, Keberangkatan dan Penerbangan Singapura 1974 (OLOA 1974).

Walau bagaimanapun, perjanjian ini bukan bermaksud Malaysia menyerahkan ruang udaranya kepada Singapura sebagai hak milik kekal negara jiran tersebut. Sebaliknya, ia hanyalah perjanjian yang membenarkan Singapura untuk mengawal selia ruang udara Malaysia.

Malaysia Boleh Ambil Semula Pada Bila-Bila Masa

Penyerahan tersebut berlaku disebabkan Kawasan Maklumat Penerbangan Kuala Lumpur (FIR) Malaysia pada waktu itu masih berada di peringkat awal dan belum mempunyai fasiliti yang mencukupi. Oleh itu, Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mencadangkan agar penjagaan ruang udara tersebut diwakilkan kepada Singapura. Namun, Malaysia berhak untuk mengambil semula kendalian ruang udara tersebut pada bila-bila masa sekiranya fasiliti dan kepakaran sudah mencukupi.

Ekoran daripada itu, pada April 2019, Malaysia melalui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir telah mengemukakan hasrat untuk mengambil semula penyeliaan ruang udara tersebut pada daripada jagaan Singapura selama 42 tahun. Proses pengambil alihan tersebut dijangka dilaksanakan antara akhir 2019 hingga 2023.

Kredit : Giphy

Jika ruang udara ini sudah dikendalikan oleh Malaysia sendiri pada masa hadapan, kemungkinan harga tiket juga dapat dikurangkan. Sekurang-kurangnya, legalah sikit dada anda yang sesak setiap kali memikirkan harga tiket kapal terbang antara Semenanjung dan Sabah Sarawak kan?

Apa komen anda? Jangan lupa like dan share post ini!

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close