fbpx
Cerita Borneo

‘Sabah Is Not In Malaysia’, Secretary Of Foreign Affair Filipina Cari Pasal Lagi

Tak habis lagi isu politik di Sabah…

Hari ini Sabah dihangatkan dengan isu pesta katak melompat sekali lagi yang berkemungkinan besar menyebabkan Sabah untuk melakukan pilihanraya mengejut.

Tak cukup dengan isu tersebut, trending pula isu oleh Secretary Of Foreign Affair mereka iaitu Teddy Locsin Jr. yang memuat naik ciapan di twitter dengan menyatakan ‘Sabah is not in Malaysia

Ciapan yang dimuat nait itu diciapkan dengan status Kedutaan Amerika Syarikat yang menunjukkan gambar mereka sedang menyambut rakyat Filipina yang balik dari Malaysia ke Zamboanga dan juga Tawi Tawi.

Ciapan tersebut undang kemarahan rakyat Malaysia!

Ciapan tersebut nampaknya telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia mahupun yang berasal dari Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia yang bersatu hati mempertahankan Sabah.

Bukan itu sahaja, bahkan rakyat Filipina sendiri menegur pemimpin mereka tersebut.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri Malaysia iaitu Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein turut menyatakan kekesalan beliau terhadap kenyataan dari pemimpin dari Filipina tersebut.

Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia akan meminta penjelasan daripada Duta Filipini di Malaysia atas tindakan yang dikatakan tidak kena pada tempatnya itu.

Ada juga rakyat Filipina yang bersetuju dengan kenyataan pemimpin mereka dan membalas ciapan Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein dengan mengatakan Sabah akan, dan sentiasa menjadi sebahagian dari Filipina.

Isu Sabah, Kesultanan Sulu dan juga Filipina ini sememangnya isu yang tidak pernah tamat terutamanya selepas Presiden Duterte mengambil alih tampuk pemerintahan di Filipina.

Baca lagi artikel lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button