fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Sabah Tetap Milik Malaysia Sampai Bila-Bila – Hishammudin Tun Hussein

iloveborneo Oleh iloveborneo
6 Ogos 2020
Sabah Tetap Milik Malaysia Sampai Bila-Bila – Hishammudin Tun Hussein
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Beliau menegaskan perkara tersebut ketika sidang parlimen semalam

Malaysia tidak akan mengiktiraf dan memenuhi sebarang tuntutan negara asing ke atas Sabah, tegas Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini.

Beliau berkata Sabah adalah hak milik Malaysia dan akan tetap menjadi sebahagian daripada negara ini.

ADVERTISEMENT

“Kita tidak akan mengiktiraf apatah lagi memenuhi tuntutan asing terhadap Sabah. Pada masa yang sama, saya nak nyatakan di sini bahawa Sabah milik Malaysia dan akan tetap menjadi sebahagian Malaysia sampai bila-bila.

“Saya juga telah membidas Setiausaha Luar Filipina Teodoro Locsin Jr dan apa yang saya nyatakan amat jelas bahawa Malaysia mengutuk dan menolak kandungan di Twitter beliau yang dakwa Sabah bukan sebahagian daripada Malaysia,” katanya.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT
Sabah Tetap Milik Malaysia Sampai Bila-Bila - Hishammudin Tun Hussein

Hishammuddin menjawab celahan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) mengenai kenyataan Locsin berkaitan Sabah semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementerian tersebut di Dewan Rakyat di sini. 

Pada 29 Julai lepas, beliau membidas Locsin berhubung hantaran Twitter ‘Sabah is not in Malaysia’ dan menyifatkan kenyataan itu sebagai tidak bertanggungjawab serta boleh menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

ADVERTISEMENT

Sehubungan itu, Hishammuddin dalam hantaran menerusi Twitter mengarahkan Wisma Putra memanggil Duta Filipina ke Malaysia Charles C. Jose untuk menjelaskan isu tersebut.

Baca juga artikel lain berkenaan Sabah :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy