fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Saintis Akhirnya Dedah Penyamaran Licik Struktur COVID-19 Dalam Tubuh Manusia

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
11 April 2020
Saintis Akhirnya Dedah Penyamaran Licik Struktur COVID-19 Dalam Tubuh Manusia
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Struktur Sars-COV-2 Ini Didapati Tidak Serumit Virus HIV

Saintis Akhirnya Dedah Penyamaran Licik Struktur COVID-19 Dalam Tubuh Manusia. Sehingga ke hari ini, kerja-kerja penghasilan vaksin untuk COVID-19 masih lagi dalam kajian kerana virus ini merupakan struktur virus yang baru dan tidak pernah dikaji sebelum ini. Oleh yang demikian, mengetahui struktur sebenar, kandungan serta sifat virus ini bertindak adalah penting bagi menghasilkan vaksin yang tepat.

Namun, sekumpulan saintis di Universiti Southampton akhirnya mendedahkan struktur sebenar virus ini kepada umum.

ADVERTISEMENT
Saintis Akhirnya Dedah Penyamaran Licik Struktur COVID-19 Dalam Tubuh Manusia
Saintis Akhirnya Dedah Penyamaran Licik Struktur COVID-19 Dalam Tubuh Manusia

COVID-19 Diselaputi Agen Penyamar Yang Dipanggil ‘Glycans‘

Menurut ketua kumpulan saintis tersebut, Professor Max Crispin, struktur virus Sars-CoV-2 tersebut tidaklah mempunyai struktur penyamaran yang rumit dan ia sebenarnya merupakan struktur yang agak mudah berbanding virus lain seperti HIV. Penemuan ini sudah tentu memberi petunjuk maklumat yang memberangsangkan kepada saintis yang kini sedang berusaha menghasilkan vaksin.

Saintis Akhirnya Dedah Penyamaran Licik Struktur COVID-19 Dalam Tubuh Manusia
Gambaran 3D virus Sars-CoV-2.
Kredit : Watanabe et al.

Tambahnya lagi, virus Sars-CoV-2 mempunyai jumlah ‘spikes’ atau ‘crown’ yang banyak pada permukaannya bagi membolehkannya melekat dan memasuki sel badan manusia. Walau bagaimanapun, ‘spikes’ tersebut sebenarnya diselaputi dengan sejenis polimer karbohidrat yang dikenali sebagai glycans.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Dengan adanya polimer ini pada struktur virus, ia dapat menyamar sebagai karbohidrat dan menyelinap masuk ke dalam sel badan manusia yang mengenal pastinya sebagai karbohidrat sebenar. Virus ini kemudian menggandakan dirinya dan menyerang sistem imunisasi badan manusia.

Saintis Akhirnya Dedah Penyamaran Licik Struktur COVID-19 Dalam Tubuh Manusia
Struktur virus Sars-CoV-2

Selaput Glycans Tidak Setebal HIV, Masih Boleh Dikesan Oleh Sistem Imunisasi Badan

Walau pun diselaputi dengan jumlah karbohidrat yang banyak, saintis mendapati bahawa virus ini tidak terlindung sepenuhnya oleh selaput karbohidrat tersebut. Ia lebih mudah dikenal pasti berbanding virus HIV yang memiliki selaput glycans yang tebal untuk melindunginya daripada sistem imunisasi badan manusia.

ADVERTISEMENT

Virus Sars-CoV-2 yang mempunyai lapisan selaput glycans yang sangat sedikit berkemungkinan adalah virus jenis ‘langgar lari’ dan menjangkiti seorang manusia ke manusia yang seterusnya.

Oleh yang demikian, jumlah glycans yang sedikit pada virus ini membolehkan sistem imunisasi badan tidak mempunyai halangan yang besar untuk meneutralkan virus tersebut melalui antibodi. Tentunya, ini merupakan perkembangan yang besar untuk pembangunan vaksin.

Saintis Akhirnya Dedah Penyamaran Licik Struktur COVID-19 Dalam Tubuh Manusia

Kajian tersebut dilaksanakan menggunakan peralatan yang disediakan menerusi geran sumbangan Bill and Melinda Gates Foundation melalui Kerjasama Untuk Penerokaan Vaksin AIDS.

Anda boleh membaca hasil kajian ini di laman arkib bioRxiv.

Bill and Melinda Gates Foundations turut membiayai pembangunan vaksin COVID-19. Baca selanjutnya di sini :

SUMBER : Daily Mail UK
Share6741Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy