fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Saksikan Tradisi Pintu Gerbang yang LIT Sempena Maulidur Rasul di Kampung Gedong, Simunjan

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
9 November 2019
Saksikan Tradisi Pintu Gerbang yang LIT Sempena Maulidur Rasul di Kampung Gedong, Simunjan
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Festival Pintu Gerbang Terbesar di Sarawak Ini Meriahkan Sambutan Maulidur Rasul Setiap Tahun di Gedong

Saksikan Tradisi Pintu Gerbang yang LIT Sempena Maulidur Rasul di Kampung Gedong, Simunjan. Sambutan maulidur rasul merupakan salah satu sambutan yang penting buat masyarakat Islam di seluruh dunia. Sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW ini sering kali disambut dengan pelbagai aktiviti keagamaan untuk menyemarakkan hari yang penting dalam kalendar Islam ini. Masyarakat Islam di Sarawak juga tidak ketinggalan untuk menyambut sambutan Maulidur Rasul ini dengan cara yang tersendiri.

10 Pintu Gerbang Cantik, Sampai Ada Pelita Tepi Jalan.

Tradisi pintu gerbang di Kampung Gedong, Simunjan telah menjadi satu acara trademark setiap kali sambutan Maulidur Rasul diadakan. Mana tidaknya, Kampung Gedong yang merangkumi 11 pecahan kampung kecil ini masing-masing mempamerkan kreativiti penduduknya dalam menghias pintu gerbang. Bercahaya satu kampung, beb!

Menerusi satu postingan oleh pemilik Facebook, Afifi JH Raudhah, sebanyak 11 buah pintu gerbang daripada setiap kampung di Gedong mempamerkan keunikan binaan masing-masing pada tahun ini.

ArtikelBerkaitan

Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah ‘Cekik Darah’ Untuk Bantu Isi enterSarawak

Hutan Kokol Hobbiton Tawarkan Pengalaman Ala-Ala Di England

Kredit : FB Afifi JH Raudhah
Saksikan Tradisi Pintu Gerbang yang LIT Sempena Maulidur Rasul di Kampung Gedong, Simunjan
Kredit : FB Qayyum Runner dan Tunetalk
Saksikan Tradisi Pintu Gerbang yang LIT Sempena Maulidur Rasul di Kampung Gedong, Simunjan
Kredit : FB Afifi JH Raudhah
Saksikan Tradisi Pintu Gerbang yang LIT Sempena Maulidur Rasul di Kampung Gedong, Simunjan
Kredit : FB Qayyum Runner dan Tunetalk
Saksikan Tradisi Pintu Gerbang yang LIT Sempena Maulidur Rasul di Kampung Gedong, Simunjan
Saksikan Tradisi Pintu Gerbang yang LIT Sempena Maulidur Rasul di Kampung Gedong, Simunjan .Kredit : FB Afifi JH Raudhah

Pintu gerbang yang dibina setiap kali menjelang sambutan Maulidur Rasul ini dihias dengan elemen seperti petikan hadis dan surah, hiasan dome surau, serta hiasan bunga dan penataan cahaya yang wow. Reka bentuknya juga unik dan lain daripada yang lain daripada setiap kampung. Tidak ketinggalan, ada juga yang menaikkan lagi seri pintu gerbang kampung masing-masing di Gedong ini dengan nyalaan pelita di sepanjang jalan. Memang sporting habis!

Bina Pintu Gerbang Secara Gotong Royong, Paling Ditunggu Anak Muda

Difahamkan, tradisi pintu gerbang ini dipertandingkan bersama acara yang lain seperti perarakan, tilawah Al-Quran, pertandingan nasyid, zikir, dan rawi setiap kali sambutan Maulidur Rasul di Kampung Gedong. Binaan pintu gerbang ini bermula lebih kurang seminggu sebelum hari Maulidur Rasul dan dinilai setiap malam oleh para juri yang dilantik. Dalam masa seminggu ini, penduduk kampung berpulun menghias pintu gerbang ini secara gotong royong dan ditambah baik dari hari ke hari.

Kredit : FB Afifi JH Raudhah
Kredit : FB Afifi JH Raudhah
Kredit : FB Afifi JH Raudhah
Kredit : FB Afifi JH Raudhah
Kredit : FB Afifi JH Raudhah

Inilah juga masa untuk golongan tua dan muda bekerjasama dan berganding tenaga dan mencipta memori bersama. Bahkan, ia menjadi salah satu acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh segenap masyarakat tidak kira tua dan muda. Sampai ada yang minta cuti semata-mata untuk memeriahkan sambutan Maulidur Rasul di kampung tercinta.

Ronda Guna Motorsikal Untuk Lebih Feel Saksikan Pintu Gerbang Lit Waktu Malam

Bagi mereka yang ingin menyaksikan tradisi pintu gerbang ini, cadangan kami adalah pada waktu malam kerana kecantikan seni bina dan kilauan lampu yang bercahaya akan tampak lebih menyerlah. Untuk lebih feel, anda boleh menunggang motosikal atau skuter untuk melihat dengan lebih dekat pintu gerbang di setiap kampung. Tambahan pula, jarak di antara satu kampung ke satu kampung tidaklah jauh mana. Barulah syok.

Jika anda tidak sempat untuk berkunjung ke Gedong pada tahun ini, pastikan anda menanda kalendar anda pada tahun hadapan. Apa pendapat anda tentang tradisi pintu gerbang ini? Atau anda tahu tradisi lain sempena sambutan Maulidur Rasul di Sabah dan Sarawak? Utarakan pandangan anda di ruangan komen.

Jangan lupa like dan share post ini. Salam Maulidur Rasul!

Share295Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy