Perkara tersebut dimaklumkan oleh Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak
Sambutan Hari Raya Dan Gawai Di Sarawak : 1 Hari Sahaja, Maksima 20 Orang 1 Hari. Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini mengeluarkan garis panduan untuk sambutan perayaan di Sarawak, iaitu untuk hari raya dan juga gawai.

Sambutan perayaan hanya pada hari pertama
Menurut garis panduan yang dikeluarkan, tempoh sambutan perayaan adalah pada hari pertama, dengan maksimum kapasiti kehadiran adalah hanya 20 orang satu hari. Sambutan yang dibenarkan adalah dalam kalangan unit keluarga di dalam rumah yang sama dan jiran terdekat sahaja.
Manakala, aktiviti yang tidak dibenarkan adalah :
– Balik kampung
– Aktiviti kunjung mengunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai
– Rumah terbuka perayaan
– Bersalaman dan bersentuhan
– Ziarah kubur, tahlil dan kenduri hari raya.
Takbir hari raya juga hanya dibenarkan untuk unit keluarga di dalam rumah yang sama sahaja dengan memastikan penjarakan sosial.
Ahli keluarga dan individu juga hendaklah menyediakan sabun tangan atau hand sanitizer dan memastikan semua ahli keluarga/individu mengutamakan kebersihan diri dan peralatan.
Bagi tata kelakuan pula, setiap individu hendaklah memastikan supaya :
-Tidak bersalaman dan bersentuhan
-Tidak berkongsi makanan/minuman atau bekas makanan
-Memendekkan waktu pertemuan (contact)
Untuk garis panduan penuh, anda boleh muat turun di bawah :